BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 9 Jun 2014

BUTTON JUBAH - Murah jerr :'D

Assalamualaikum my Jannah frenz

Horrayyyy! New Jubah Button (DRESS).
Cantek taw. Hehe 

Murah jer.
NAK x ? NAK x ?
Nak tgk every colour.

Cepat2 whatsapp kita na?
-------> 017-3489344

HANYA
1psg RM 70
2psg ke atas RM 65
FREE POSTAGE taww.
Weeee weeee :')


Moga Allah berkati urusan jual beli kita.
JOM TUTUP AURAT DGN SEMPURNA.









Selasa, 20 Mei 2014

'Dla Shawl Hijab'



Assalamualaikum my Jannah frenz 

Welcome to 'Dla Shawl Hijab' :')
Material : Cotton Viscose (Plain)
Saiz : 1.8m x 1.1m

Cpt2 pilih, Cotton plain da 40 kaler tawww!

Price :
1pcs = RM 13
2pcs = RM 26
3pcs = RM 38

All Excluding Postage.

Borong 10pcs? SPECIAL PRICE! I got 40 colours!
Lets book and buy now!
017-3489 344 (dla)

Exclusive & Elegance












PROMOSI! Handsocks LOVE LOVE dgn ROSE


Assalamulaikum my Jannah frenz 

Meh tgk meh. Sama2lah menutup aurat dgn sempurna mengikut syariatNya. InsyaAllah :')



PROMOSI! Handsocks LOVE LOVE dgn ROSE hanya RM5 shj. Bleh campur corak.

Beli sedozen Hanya RM 55 FREE Postage!

Lets book and buy now!
017-3489 344 (dla)

Exclusive & Elegance



Selasa, 15 April 2014

Handsocks love love gitu


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Meh tgk meh. Sama2lah menutup aurat dgn sempurna mengikut syariatNya. InsyaAllah :')


Item : Handsocks love love gitu 





Material : Elastic
Price : RM 6 excluding postage
Contact : 017-348 9344 (dla)



وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥


Rabu, 18 Disember 2013

Ibu Mithali, Isteri Sejati


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Ibu mithali adalah satu gelaran yang mulia dan tahap yang paling tinggi yang boleh di capai oleh para ibu yang mengikut segala suruhan Allah dan Rasulnya dengan seikhlas hatinya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk mendidik, menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan anugerah dan kata-kata pujian dari manusia yang di harapkan tetapi keredhaan dari Allah itulah yang paling utama.
Ibu Adalah Pendidik
Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga. Namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi, ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.
Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
  • Analisis diri daripada pandangan anak
  • Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
  • Bercakap benar
  • Kotakan kata-kata
  • Didik anak mengenai kemahiran sosial
  • Gunakan masa jitu untuk mengajar
  • Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
  • Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
  • Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
  • Melatih anak berfikir
  • Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
  • Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
  • Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
  • Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
  • Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
  • Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.
Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
  • Pendidik keluarga
  • Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
  • Penasihat
  • Doktor dan jururawat
  • Mendisiplinkan anak-anak
  • Kawan atau sahabat
  • Penyelesai masalah
  • Merangsang perkembangan mental anak-anak
  • Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
  • Model pada anak-anak
  • Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
  • Mengawal ekonomi rumah tanggaMenjaga harta suami dan keluarga
Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
  1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
  2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
  3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
  4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
  5. Mendidik anak berdikari
  6. Mempunyai nilai diri tinggi
  7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
  8. Bertindak secara jamaah
  9. Mengorbankan kepentingan peribadi
  10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
  11. Meneroka dan merangsang potensi anak
  12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan
  13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.
Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.

----------------------------------------------------------------------------

Isteri Cerdik Yang Solehah


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

p/s: InsyaAllah :')

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Rabu, 14 Ogos 2013

Pelik tapi Benar, Sama tapi Tak Serupa ? Erkkk


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


SOALAN CEPU GOLD ~ hOhO :P
Apa beza keluar dengan teman lelaki @ kekasih hati ataupun tunang berdua-duaan dengan keluar DGN kawan2 lelaki beramai2 ???

Da ka beza? Nampak mcm xda beza iaitu adalah keluar dengan bukan mahram. Walaupun mereka teman baik, ramai2, ia tetap bukan mahram

Biasala berkawan.. perempuan skrg ni mmg lagi senang berkawan dgn lelaki, berbanding kawan dgn geng pompuan kan. Bukan ukhwah lebih indah ke sesama  akhwat2 tersayang. TAPI. best2 mcm mane pon, kite kena ingatkan diaorang bukan mahram. Sentuh je batal ayaq sembahyang haha. Jadi kena jaga batas pergaulan tu. haa gituu... hahaha..

HARAM IS HARAM, JGN KETEGAQ LWN CKP ALLAH NA. NANTI KENA TIBAI TEQOK KAT NERAKA. NAUZUBILLAH. PELIHARALAH KAMI DARI AZAB-MU YG SGT PEDIH. ALLAHUMMA AMIN ~

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ahad, 19 Mei 2013

Qiamat ~


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat".

Lalu Nabi SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya :

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman."

Allahuakbar! Astaghfirullahalazim..

Rujuk : 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN ---> download



وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥