BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 28 Februari 2012

Engkau permudahkanlah urusanku Ya Allah :)

Tentatif

Tentatif sepanjang Konvensyen Bidadari Dunia 2012;

Hari Pertama (1) - 24 Mac 2012
Tarikh & Masa Perkara
08:00 + Sesi Pendaftaran dan Perserta mengambil tempat
09:00 - 10:00 + Ucapan Aluan Penganjur & Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
10:15 - 11:30 + Slot pertama - (1) Bidadari Impian
Fatimah Syarha
11:30 - 12:45 + Slot kedua - (2) Cahaya Kelembutan Iman
Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
13:00 - 14:00 + Makan Tengahari Dan Solat Zohor
14:00 - 15:30 + Slot ketiga - (3) Wanita Vs Kerjaya
Dr. Nikki Syuhada Shukor
15:30 - 16:45 + Slot keempat - (4) Kesucian Mawar Putih
Rosmawati Zainal (ummi ross)
16:45 - 17:15 + Solat Asar
17:15 - 18:30 + Slot kelima - (5) Wanita Berkarisma
Datin Zaliha Omar
19:00 - 20:00 + Solat Maghrib
20:00 - 22:00 + Forum Fesyen - Yes Or No?
  • Wardina safiyyah
  • Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross
  • Amie sofie
  • Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)
Hari Kedua(2) - 25 Mac 2012
Tarikh & Masa Perkara
09:00 - 10:15 + Slot keenam - (6) Soalnya Hati
Prof. Dr. Muhaya Mohomad
11:00 - 12:15 + Slot ketujuh - (7) Ibu Luar Biasa
Puan Jamilah Samian
13:00 - 14:00 + Solat Zohor Dan Makan Tengahari
14:15 - 15:00 + Slot kelapan - (8) Wanita Penyejuk Jiwa
Dato' Siti Nor Bahiyah
15:15 - 16:15 + Slot kesembilan - (9) Solehah Itu Indah
Dr Rubiah Kolup
16:15 - 17:45 + Solat Asar
18:00 - 19:15 + Slot kesepuluh - (10) Wanita Dan Dakwah
Dr Harlina Halizah Siraj
19:15 - 20:00 + Solat Maghrib
20:00 - 22:00 + Forum (Titian Syurga)
  • Wan Norafizah Binti Ariffin (Nora)
  • Irma Hasmie
  • Firus Akhtar Mohamad Bokhari
  • Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasas Yusmira)
  • Dato Azlina Hj Che Abdullah (Pengasas DCL)
  • Speaker/Panel Jemputan

    Berikut adalah senarai Speaker/Panel yang akan berkongsi dengan semua peserta sepanjang Konvensyen Bidadari Dunia 2012 nanti:
    1. Prof. Dr. Muhaya Mohamad
    2. Prof. Madya Dr. Syarifah Hayati Syed Ismail Bistari
    3. Dato' Siti Nor Bahiyah Mahmood
    4. Prof. Madya Dr Harlina Halizah Siraj
    5. Dr. Niki Shuhada Shukor
    6. Ummi Roses Raudhatul Sakinah (Rosmawati Zainal)
    7. Datin Zaleha Omar
    8. Dr. Rubiah Hamzah
    9. Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
    10. Catriona Norhayati Ross Bahrin
    11. Nora (Wan Norafizah Ariffin)
    12. Irma Hasmie Ibrahim
    13. Ustazah Amie Sofie Ahmad (Juara Solehah)
    14. Ustazah Firus Akhtar Mohamad Bokhari (Juara Usatzah Pilihan)
    15. Fatimah Syarha Mohd Noordin (Pengarang Novel Islamik Terkenal)
    16. Puan Jamilah Samian (Pengarah PArenting Terkenal)
    17. Datin Yusmira Mohd Yusof (Pengasas Yusmira)
    18. Puan Rozita Ibrahim (Pengasas Sendayu Tinggi)
    19. Dato' Azlina Hj Che Abdullah (Pengasas DCL)

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih. 

Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.

Semoga program ini mendapat keredhaan dan pertolongan dariNya. InsyaAllah.

Misi

Melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap

Objektif

1. Melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati
2. Membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah
3. Memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.

Tema

Wanita seindah hiasan

Penganjur :
  • iluvislam.com
  • Penyiar Rasmi
  • TV Alhijrah
  • Akhbar & Majalah Rasmi
  • Akhbar Sinar harian Majalah Nur Majalah Dara
  • Radio Rasmi
  • iluvislamradio.com
  • Disokong Oleh
  • Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat Kementerian Kesihatan
p/s : semoga Allah swt permudahkan perjalanan dan urusan ana di dunia ini bg menuju ke akhirat kelak. semoga ana berjaya menjadi seorang muslimah yg sejati dan bidadari dunia dan akhirat dan kelihatan cantik di mataNya. ana tidak risau andai ana kelihatan tdk cantik di mata manusia. kerana mereka juga ciptaan Allah swt. jadi ana sepatutnya bersiap-siap utk kelihatan sgt cantik di hadapanNya pd hari perhitungan dgn penuh amal ibadah. ampunkan dosa-dosa hambamu ini Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang :) agar program ini dpt menguatkan lg keimanan ana dan semoga Allah swt dekatkan ana utk mnjadi seorang daie dan hebat dari pandangan Allah swt dan juga atas berkat doa sahabat2 semua. InsyaAllah amin :) ana sayang sgt sgt pada sahabat2 semua. terima kasih atas doa2 sahabat semua, ana juga sentiasa doakn yg terbaek wt sahabat semua. amin ya robbal 'alamin :)

Ahad, 26 Februari 2012

Bidadari..

Di dalam al-Quran,  Allah menyatakan bahawa di syurga nanti akan terdapat bidadari-bidadari yang akan menemani para mujahid yang menempah tempat di syurga.

“Ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.”
(Al-Waqiah,56:22-24)

Subhanallah. Indah sungguh gambaran seorang bidadari syurga. Tak terbayang oleh minda yang terbatas ini.
Alangkah indahnya jika dapat bertemu dan berdampingan dengan bidadari. Berada disamping bidadari begitu mengasyikkan. Terbuai-buai.

Kaum hawa sekalian, tentunya kamu semua kepingin menjadi laksana bidadari bukan?
Pesona kecantikannya bak bulan purnama yang sedang mengambang.

Apakah bidadari itu hanya terdapat di syurga?
Atau adakah terdapat bidadari di dunia nyata?

Buat kaum Hawa, insya-ALLAH, kalian semua berpeluang menjadi bidadari di dunia yang fana ini. Namun ada syarat-syaratnya.

Jadilah wanita acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Wanita seindah bidadari adalah wanita acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula untuk menjadi wanita acuan Al-Quran dan As-Sunnah? Lihat kriteria di bawah.

Apabila melihat senarai di atas, pasti terlintas perkataan MUSTAHIL.
Mustahil dapat penuhi setiap kriteria.

Ya. Ianya tidak semudah ABC. Tetapi, tidak pula sepayah mendaki gunung yang curam.

Bermula sedikit demi sedikit, insyaAllah suatu hari nanti kamu, kita semua dapat menanam kesemua sifat dan kriteria tersebut di dalam diri. Jika ada kemahuan dan keazaman yang tinggi, tiada yang mustahil.

Cuma yang perlu disematkan adalah niat. Bukan gelaran bidadari yang dicari, tetapi redha Allah, Tuhan Yang Agung.

Moga setiap usaha yang dilakukan diberi ganjaran oleh Allah.
Dan dengan izin-Nya, kita nanti digelar seorang bidadari.

p/s: Bidadari Syurga ~ Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata,  

"Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)

Ya Allah, tak sanggup aku jika bidadari Syurga memiliki suami aku nanti, aku mahu aku yang jadi bidadari di dunia ini dan bidadari di Syurga kelak di samping suamiku.. Wahai para isteri, taatlah pada suami kamu, tidak cemburukah kamu jika suami kamu menjadi milik bidadari Syurga kelak.. huhu T_T

Membuktikan kecintaan T_T


Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...


Khamis, 23 Februari 2012

Amal Makruh Nahi Mungkar !

Amal Makruh Nahi Mungkar !

"1) Orang yg tutup aurat itu belum tentu baik, 2) Tapi orang yg baik pasti menutup aurat"

Pd sy, yg 2) itu pasti benar, 
tp yg 1) itu pd sy dia tetap baik kerana mereka sedar bahawa tutup aurat itu wajib dan itu perintah Allah swt.

"Jgnlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk.. Menutup aurat itu perintah Allah swt… Sama ada manusia itu baik atau jahat… Kan itu perintah Allah swt. Kita tidak boleh mempertikaikannya" ;')

"please don’t make your life as a gambling game" 
~ semua perempuan yg bertudung belum tentu MUSLIMAH YANG SOLEHAH.. but semua MUSLIMAH YANG SOLEHAH adalah bertudung ~

Wahai Wanita, Nabi Menangis Melihat Azabmu Di Neraka


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”

Beliau bersabda:
  • Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
  • Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
  • Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
  • Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
  • Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
  • Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
  • Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
  • Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
  • Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
  • Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
  • Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
  • Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
  • Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
  • Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
  • Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
p/s : Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah… Maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. T_T

Rabu, 22 Februari 2012

Sila Ambil Perhatian dan tolong memahami :)

Soalan:

Salam.. ada satu soalan..

1. Apa hukum kalau lelaki dan wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu gambar...

2. Mcm mana nak elak ?

Jawapan :
 
Salam.. (eh.. mcm da 2 soklan la..takpe2)

1. Hukum lelaki & wanita (yg bukan mahram) bergambar berduaan dlm satu foto

a) Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita...

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan ustaz atau sesiapa sahaja.. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau nenek anda..
 
Hal ini sangat merbahaya kerana boleh merosakkan hati-hati mereka yang terlibat.. Boleh dari tak ada rasa apa-apa terus rasa macam2.
(syaitan akan menggoda..peluang untuk mendorong mendekati zina.. Hukum mendekati zina itu haram)

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.


Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.


Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.


Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

b) Malu lah untuk buat dosa...

“Sesungguhnya di antara perkara yang difahami oleh manusia daripada pesanan sekalian Nabi ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!”
[Hadith al-Bukhari : 3224]
c) Dosa membuat fitnah itu besar... Jadi mengapa memfitnah diri sendiri?

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
Surah Al-Baqarah : Ayat 191

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
Surah Al-Humazah : Ayat 1

"Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar."
Surah Al-Buruj : Ayat 10


2. Cara mengelakkan..

1. Jangan dibiasakan bergambar dengan lelaki bukan mahram.. So orang lain tahu yang kita ni anti bergambar dengan bukan mahram.. Selalunya mereka akan segan bila nak ajak bergambar..

2. Imej kita kenelah melambangkan kita orang yang menjaga syariat... Selalunya mereka mengambil kesempatan terhadap perempuan yang tak berapa menjaga syariat.. Ini termasuklah cara tingkah laku yang sangat mesra dan ramah membuatkan hati lelaki terusik..

3. Tolaklah pelawaan dengan baik... Minta maaf dari orang yang mengajak bergambar dan beri tahu yang anda tak boleh bergambar dengan lelaki bukan mahram.. dan anda harus konsisten.. Janganlah plak selepas tu anda bergambar dengan yang lain pulak.. Hilang respect dia..

4. Berdoalah... Kadang2 lidah ni kelu nak 'reject2' ni.. Doalah pada Allah untuk dijauhkan dari perkara2 mungkar... Doa tu senjata kita...

Wallahualam... Semoga dpt membantu... Ingat lah bukan mahram tetap bukan mahram walaupun ianya hanya berkawan biasa apatah lagi jika *cinta terlarang* :)

Selasa, 21 Februari 2012

Facebook or Wherever

Wanita bila nmpk je article2 mengenai ke'sweet'an seorang lelaki, article2 kisah cinta, article2 supaya lelaki lebih mengenali fitrah seorang perempuan, cpt je nk share kt wall die... Npe x at the same try tgk kpd diri sndri jgk... Byk lg x kne perbaiki? Byk lg x yg kne belajar? Jauh lg x diri dari sang Pencipta? Sama2 lah kte berusaha menjadi yg solehah before sibuk mencari yg soleh... Jgn terlalu mengharap kpd keindahan duniawi kerana ia tidak akan menjamin sebuah kebahagiaan ukhrawi...

Tidak kisah untuk sayang kepada sesiapa atau apa di dunia,tapi hendaklah sayang kepada Allah melepasi segalanya..subhanAllah...


********************************************************

 " Sesiapa yg membaca sekurang-kurangnya 10 ayat sehari, InsyaAllah akan dijauhi sifat lalai "

"Al-Quran itu perlu di baca berterusan, barulah akan memberi manfaat apabila ia sebati dalam diri..insyaAllah "

p/s : Ingat ! Seorang muslimah yang sejati tidak akan risau akan jodohnya dan cinta-cinta duniawi yang melalaikan kerana apa? Kerana mereka percaya janji Allah swt itu PASTI ! ya Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi seorang muslimah sejati dan Engkau permudahkanlah urusan ku di dunia ini untuk aku mengejar SyurgaMu yang sangat indah itu.. Subhanallah !

Isnin, 20 Februari 2012

♥ KACAK vs SOLEH ♥

KACAK vs SOLEH

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita solehah..... 
♥ ^_^ ♥

Jumaat, 17 Februari 2012

10 Gangguan ketika melakukan solat


Antara 10 gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan


Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8 ) Menguap dan mengantuk


Nabi bersabda, “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).

Nabi s.a.w bersabdaAbu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat". (HR Bukhari)

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi)." (HR Bukhari dan Muslim)

9) Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Adab Bersin dan Menguap menurut Islam

Islam adalah agama yang lengkap lagi terperinci. Ini sememangnya satu kebenaran. Jika kita mengkaji Islam secara keseluruhan, akan kita temui bahawa Islam mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Ia bukan agama ibadah sekadar sembahyang dan zikir, tetapi agama yang turut meliputi ekonomi, sosial, politik, peperangan dan sebagainya.

Menyentuh tentang kehidupan, dua aspek yang turut dicakupi oleh Islam ialah adab ketika menguap dan bersin.Dua perkara yang lazim berlaku kepada kita, tanpa disedari telah digariskan oleh Islam adab-adabnya.

Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]


Adab Menguap 

 
Berdasarkan hadis di atas, dapat kita ketahui bahawa menguap adalah sesuatu yang berasal dari syaitan. Jika hendak dibandingkan dengan bersin, menguap adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Allah s.w.t.. Sebabnya, menguap adalah isyarat pemikiran yang lalai, tumpul lagi dibuai perasaan mengantuk. Padahal seorang muslim hendaklah sentiasa cergas, tajam lagi peka. Dia hanya mengantuk apabila tiba waktu kebiasaannya untuk tidur. Oleh kerana itulah, Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H) dalam kitabnya Fath al-Bari (jld. 10, ms. 628) mengemukakan sebuah riwayat dari para sahabat yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. menguap sama sekali.

Akan tetapi jika kita benar-benar terpaksa menguap, maka adab yang pertama ialah jangan mengeluarkan sebarang bunyi. Janganlah mengeluarkan bunyi “Haaa”, “Uhhh” atau sebagainya. Bunyi-bunyi seperti ini disukai oleh syaitan sehingga mereka ketawa kepada orang yang mengeluarkannya ketika menguap.

Ketika menyusun kitab Shahihnya, Imam al-Bukhari (256H) meletakkan satu bab khas yang berjudul “Sifat iblis dan tenteranya”. Di bawah bab tersebut, beliau mengemukakan hadis yang menerangkan sifat iblis dan syaitan yang ketawa apabila mendengar orang yang menguap mengeluarkan bunyi “Haaa”. Hadis yang saya maksudkan ialah:

“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]

Adab kedua jika terpaksa menguap ialah menutup mulut dengan tangan. Jangan membiarkan mulut ternganga sehingga jelas ternampak “intan dan berlian” yang melekat di celah-celah gigi. Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]

Adab Bersin

Bersin adalah sesuatu yang disukai oleh Allah s.w.t. sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadis yang pertama di atas. Di antara sebab ia disukai adalah, bersin membersihkan rongga hidung dan tekak dari habuk, debunga, bakteria dan apa-apa lain yang mungkin memenuhi rongga tersebut. Bersin juga adalah satu cara untuk sistem badan menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca yang berlaku secara mendadak. Oleh kerana itulah seseorang itu lazim bersin jika dia bergerak dari tempat yang sejuk kepada panas atau panas kepada sejuk. Bahkan seseorang itu juga akan bersin semata-mata dengan melihat kepada keterikan sinaran matahari.

Mengingatkan banyak kebaikan bersin, ditambahi dengan faktor bahawa ia adalah sesuatu yang disukai oleh Allah, seeorang itu dituntut untuk memuji Allah ketika bersin. Bacaan pujian tersebut ialah “Alhamdulillah ‘ala kulli hal” yang bermaksud
“Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu”

Pernah seorang lelaki bersin ketika berada di tepi Abdullah bin ‘Umar al-Khattab. Lalu lelaki tersebut berdoa: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).” Berkata Abdullah bin ‘Umar: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah? Bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w., (sebaliknya) baginda mengajar kami berdoa: Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu).”
[Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738].

Seterusnya, apabila kita mendengar saudara kita yang bersin memuji Allah, hendaklah kita mendoakannya dengan berkata: “YarhamukalLah” yang bermaksud: “Semoga Allah merahmati kamu”. Kemudian bagi yang bersin, dia mendoakan kembali orang yang mendoakannya tadi dengan berkata: “YaghfirulLahu lana wa Lakum” yang bermaksud: “Semoga Allah mengampuni bagi kami dan bagi kalian”.
[Shahih al-Jami’ al-Shagheir, hadis no: 686]

Hikmah di sebalik semua ini ialah terjalinnya ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama umat Islam. Apabila kita mendoakan saudara kita yang bersin, dia akan merasa senang dengan kita. Seterusnya apabila dia mendoakan kita pula, kita pula akan merasa senang kepadanya. Hingga akhirnya terjalinlah ikatan ukhuwah dan kasih sayang semata-mata kerana bersin.

Seandainya orang yang bersin tidak memuji Allah, kita tidak dituntut mendoakannya. Pernah dua orang bersin berdekatan Rasulullah s.a.w., lalu baginda mendoakan seorang dan membiarkan seorang yang lain. Orang yang dibiarkan itu bertanya, mengapa baginda tidak mendoakannya? Baginda menjawab: “Orang itu memuji Allah (setelah bersin) manakala kamu tidak memuji Allah (setelah bersin).”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6225]

Adab terakhir ketika bersin ialah menutup mulut dan hidung dengan tangan atau kain. Pada waktu yang sama hendaklah merendahkan muka dan suara. Jangan bersin sehingga menghamburkan air liur, bersin ke arah muka orang lain atau bersin dengan suara yang kuat. Abu Hurairah menerangkan adab Rasulullah s.a.w. ketika bersin: “Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, baginda meletakkan tangannya atau bajunya ke atas mukanya (mulut dan hidung) sambil merendahkan (atau sambil menundukkan muka dan) suaranya.” [Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 5029]

Khamis, 16 Februari 2012

Dia Mengetahui segala-galanya, baik yang tersirat mahupun tersurat :)


TAPI ALLAH SWT YANG TAHU SEGALANYA

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)

((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dapat kita temui di dunia ini.

Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa ...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - [Al Hujurat: 13]

* Untuk lita'arafu..
* Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
* Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
* Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.

Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..

Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?

Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..

Isnin, 13 Februari 2012

SEJARAH VALENTINE DAY & HUKUM MENYAMBUTNYA


SEJARAH VALENTINE DAY 



Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.

Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.

Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.

Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.

Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.

Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.

Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.


HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY


Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)


-Artikel asal dari MyIbrah.com-

Khamis, 9 Februari 2012

Hanya pada yang halal ♥

PETUA MELAYAN ISTERI

Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

InsyaAllah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


Bercakap pasal suami isteri ja, 
ni nak ckp pasal anak pula :) 


 Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim adalah hadis SAHIH.
Wallahua'lam...

Selasa, 7 Februari 2012

begitu jauh di mata tapi dekat di hati.

~✿ C.I.N.T.A ✿~

Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi kaya, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi cerdik, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi cantik, kerana cinta..seorang yang KOLOT berubah menjadi moden, kerana cinta..

Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang maruah dan harga diri, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi papa kedana, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh terjun bangunan atau meneguk racun tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang lemah lembut dan mendengar kata, boleh lari dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta..
>>> Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah Allah..adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh kecewa?

Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada..♥
begitu jauh di mata tapi dekat di hati..
 

Jumaat, 3 Februari 2012

Jangan bebankan bakal suami kita okay ?


Kahwin Cara Melayu atau Kahwin Cara Islam?

 Aku tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


*********************************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

Sumber: Fitri Hadi: Betul apa yang dia kata tu. Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. Cuba fikir mana lagi penting?


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.



 

P/S : JANGAN BEBANKAN BAKAL SUAMI KITA. BAGI SAYA BUAT YANG WAJIB BUKAN AGUNG-AGUNGKAN ADAT. HANTARAN ? TAK WAJIB PON. PELAMIN ? PERLUKAH ? BAJU MAHAL2 PERLUKAH ? WAHAI WANITA, WANITA YANG BERADA DISELURUH DUNIA JANGAN TERLALU BERMEGAH ATAUPUN MEMBAZIR KETIKA MENDIRIKAN MASJID KERANA TAKOT-TAKOT AKAN HILANG KEBERKATAN ATAUPUN BARAKAH DALAM SUATU PERHUBUNGAN ITU.

Yassiru wala tu'assiru. Permudahkanlah dan janganlah susahkan...

"Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya."
(Surah An-Nisa ayat 4)