InsyaAllah semoga dipermudahkanNya :')
Saya sentiasa percaya bahawa, orang Islam yang sebenar adalah orang Islam yang sedar akan hal semasa. Bukan orang Islam yang sekadar seronok dengan quote-quote Islamik, post2 yang punya hadith dan Al-Quran, cerita-cerita fasal fadhilat itu dan ini, motivasi itu dan ini semata-mata.
Kerana selain Allah SWT mengarahkan kita menjadi hambaNya dalam Surah Ad-Dzariyyat ayat 56, Allah SWT juga mengarahkan kita menjadi khalifah yang mentadbir muka bumi ini di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30.
Justeru, orang Islam yang sebenar, adalah yang memenuhi kedua-dua ciri tersebut.
-Hilal Asyraf-
-Hilal Asyraf-
Ulasan