Sombongnyaaaa Kita...... :"(

Assalamualaikum

Setiap hari kita menggunakan kaki untuk berjalan. ke kafeteria, ke bilik kuliah, ke perhentian bas, ke pejabat, ke pasar malam, ke masjid dan pelbagai lagi.

Berjalan kaki merupakan perkara yang amat lazim sehingga saya yakin hanya sedikit di antara kita yang pernah terfikir, wujudkah sebarang tunjuk ajar dan bimbingan Islam tentang hukum dan adab berjalan?

Tentu saja ada. Maka, saya ingin berkongsi kepada para pembaca sekalian hukum dan adab berjalan yang telah digariskan oleh Islam.

01. MENJAUHI SIKAP SOMBONG.

Apabila berjalan, jauhilah sikap sombong. Sikap buruk ini boleh timbul kerana beberapa sebab, seperti merasakan diri sendiri hebat, bangga dengan fesyen pakaian dan aksesori yang berjenama lagi terkini, bangga diri sendiri bahawa dialah yang paling cantik lagi ramping dan pelbagai lagi.

Sikap sombong ini diterjemahkan kepada gaya berjalan yang tertentu, atau mungkin saja gaya yang biasa tetapi hati yang angkuh, muka yang memandang ke atas, mata yang menjeling ke kiri-kanan dan sebagainya.

Sikap seperti ini hukumnya dilarang oleh Islam. Alllah SWT berfirman:

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri". [Surah Luqman, ayat 18].

Dalam ayat yang lain Allah SWT memerintahkan:

"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." [Surah al-Isra', ayat 37].

Jika kita menyalahi perintah ini, yakni tetap berjalan dengan berlagak sombong, Allah meneruskan:

"Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu." [Surah al-Isra', ayat 38].

Sementara itu Rasulullah SAW pula mengingatkan:

"Ketika seorang lelaki berjalan dengan memakai pakaian yang membuat dirinya ujub, rambutnya disikat rapi, tiba-tiba dia ditelan oleh bumi dan meronta hingga Hari Kiamat" [Sahih al-Bukhari, no: 5789].

Oleh itu berjalanlah dengan sikap dan gaya yang serba merendah diri. Ini adalah sikap yang mulia kerana: 
"...tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya." [Shahih Muslim, no: 2588]

02. BERJALAN DENGAN BERTENAGA.

Para sahabat menerangkan, apabila Rasulullah berjalan, baginda berjalan dengan langkah yang sedikit laju, seolah-olah sedang turun bukit padahal permukaan adalah mendatar.

Cara berjalan seperti ini memberi gambaran bahawa baginda orang yang bertenaga, bersemangat, bermotivasi dan berani. Malah cara berjalan seperti ini juga secara tidak langsung merupakan senaman yang baik untuk semua organ dan anggota badan.

'Ali bin Abi Thalib menerangkan:

"Apabila baginda (Rasulullah) berjalan, maka baginda condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang lebih rendah. Aku tidak pernah melihat ada orang yang seperti baginda baik sebelum mahupun sesudah ini." [Shahih Sunan al-Tarmizi, no: 3637]

Abu Ihsan al-Atsari menjelaskan:

"Nabi SAW apabila berjalan, baginda berjalan dengan tegar. Maksudnya baginda mengangkat kedua-dua kakinya di atas tanah kerana tegarnya baginda berjalan, seakan-akan baginda tertumpu kepada pangkal telapak kakinya.

Gaya jalan seperti ini sesuai dengan roh islam kerana padanya nampak kekuatan seorang muslim di hadapan manusia (lain).

Seorang mukmin yang lebih kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah" [Panduan Amal Sehari Semalam, ms. 292]

Ada sebahagian kita yang apabila berjalan, mengheret selipat, sandal atau kasutnya di atas permukaan sehingga mengeluarkan bunyi.

Seolah-olah terdapat beban beberpa kilogram di atas kedua-dua kaki sehingga tidak mampu di angkat ketika membuka langkah berjalan.

Cara berjalan seperti ini menggambarkan orang yang malas, tidak bersemangat, tidak bermotivasi lagi lemah. Tentu saja ia bukan merupakan cara berjalan kita muslimin dan muslimat.

03. SESEKALI TIDAK BERALAS KAKI


Islam menganjurkan kita untuk sekali sekala berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kita kepada orang yang susah dan bersyukur atas nikmat alas kaki yang sedia dimiliki.

Bahkan adakalanya bukan sekadar satu alas kaki tetapi pelbagai bilangan dan jenama merangkumi kasut, sandal dan selipar.

Justeru sekali-sekala "berkaki-ayam" dapat merendahkan diri, mensederhanakan gaya hidup dan mengingatkan kita kepada orang yang sememangnya tidak memiliki apa-apa alas kaki.

Fudhalah bin Ubaid menerangkan:

"Nabi SAW memerintahkan kami untuk tidak memakai alas kaki sekali-sekala." [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4160]

04. MUSLIMAT BERJALAN DI TEPI

Di antara adab Islam ialah wanita , yakni para muslimat adalah berjalan di tepi lorong. Adab yang sopan lagi mulia ini mampu mengelakkan daripada berlaku pelanggaran, pergeseran, percampuran atau pemandangan dari kaum lelaki yang lazimnya berjalan di tengan lorong.

Rasulullah SAW berpesan:

"Bahagian tengah lorong bukan untuk kaum wanita". [Shahih al-Jami' al-Shagheir, no: 5425]

p/s : sy juz nk ckp sket psl yg no 04 ni kan... kwn kpd sahabat ak sndri.... tp die tu lelaki la kn... bygkan org laen sume naek bas U nk pegi cmpus kan... yelh besa la bas, bercampur2 dgn bukan mahram kan... disebabkan itu, die bawa basikal utk pegi cmpus.. sbb pe ? die ckp cmni "saya sanggup bawa basikal lg drp naek bas... yelh, lelaki tetap lelaki.. kami ada nafsu tersendiri walaupun baik mcm mna pon... kami tetap ada nafsu pd wanita ni... lbey baek saya mngelak drp sume tu sbb yelh bila naek bas, msty penuh mngelak mcm mna pon msty bersentuhan dgn bkn mahram saya... (cm kt atas tu, berlaku pelanggaran, pergeseran, percampuran atau pemandangan dgn bukan mahram kn) so, skrg saya naek jelh basikal ni pegi cmpus... ok je... :) "

subhanallah.... xsangka aku jmpa jgk lelaki yg mcm ini.... 1 dlm 1000? x2, ak ase 1 dlm 10000 bley mcm 2? hehe sownok kan kalo dpt bakal suami yg mcm ni... betapa die jaga batas2 pergaulan die dgn bkn mahram die..huhu bkn cm lelaki lain (majoriti) kalo bley nk je berhimpit, bergesel2, bersentuh2, sje2 plak tu... adush... ak ni kalo jd cmtu  YaAllah bekas sentuh tu eeeee geli, rimas ase cm nk berus2 kalo la bley hilangkan bekas tu.. tp yelh kn.... hanya mampu bertaubat kpdNya.. semoga Dia terima taubat dan Hanya Dia Mengetahui Segala2nya... huhu 

selagi boleh mengelak berlakunya semua ini... mengelaklah... huhu akhir zaman ini batas pergaulan antara bkn mahram dah jd satu kebiasaan dan amek mudah.. huhu ntah la... ak pon byk jgk kekhilafan dlm diriku ini... huhu astafirullahalazim :(

maaf la, karangan ni terkeluar tajuk plak...hehe pe2pon jgn la terlalu sombong dgn Allah swt..... kita ni bkn sesiapa pon di dunia ini... jadi kenapa nk sombong sgt kn... sbb semua atas muka bumi ni, planet2 yg ada semua milik Allah swt.. kita pinjam je.. bersyukur la kita masih dipinjamkan nafas ini untuk menikmati dunia yg sementara ini dan beribadat untuk di hitung di akhirat kelak.. huhu

sekian...

Ulasan

Catatan Popular