Tidak menjaga pandangan mata !

Assalamualaikum :')
Firman Allah SWT: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka"
(Surah an-Nur, ayat 30-31).

Di situ kita dpt lihat bertapa pentingnya menjaga pandangan MATA. Allah SWT telah berpesan supaya  
'MENYEKAT PANDANGAN' (1)  
kemudian 
 'PELIHARALAH KEMALUAN/KEHORMATAN' (2) 
Walaupun Islam membenarkan perempuan membuka atau menampakkan mukanya untuk urusan harian, namun ianya bukanlah alasan untuk kaum lelaki yang bukan mahram memandangnya sesuka hati. Diriwayatkan, Rasulullah saw berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan Baginda.

Maksudnya.. Jaga pandangan kita.. Jangan sampai memberi kesan kepada nafsu.. Jaga hati ! Jaga Iman ! Dekatkan diri dgn Allah SWT. InsyaAllah SELAMAT ! ♥ 
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim

Ulasan

Catatan Popular