Kenapa Menikah?



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



PELIKKAH CINTA TANPA BERKENALAN, 
KELUAR MAKAN-MAKAN, 
BERBALAS EMEL DAN SMS ???

P/S: TAK PELIK KAN??? 
SO, TAK PERLU NAK RASA WEIRD SGT NA :P


Dalam menentukan pasangan hidup, tentunya di awal pernikahan kita harus benar-benar meluruskan niat, yakni menikah kerana Allah semata. Allah yang menjanjikan kita hidup berpasang-pasangan, dan Allah pula yang memerintahkan kita untuk menikah.

Bahkan, pernikahan pun tidak mungkin terjadi kecuali dengan izin-Nya. Begitu pula kebahagiaan yang kita rasakan, tiada lain adalah kerana pertolongan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa memberi kerana Allah,menolak kerana Allah,mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya" (H.R Abu Dawud)

Betapa indahnya jika proses pernikahan mengutamakan pertimbangan Lillah, Billah, dan Ilallah semata. Lillah bererti meniatkan pernikahan tersebut hanya kerana Allah. Billah berarti proses dan cara yang ditempuhi sesuai dengan ketentuan dari Allah. Termasuk di dalamnya adalah kriteria memilih calon suami atau isteri, dan proses menuju jinjang pernikahan pun tidak dinodai oleh kemaksiatan yang perturutkan hawa nafau. Terakhir adalah Ilallah, yakni meluruskan tujuan pernikahan untuk menggapai keredhaan Allah.

Rasulullah bersabda : " Barangsiapa yang menikahkan (puterinya) kerana silau akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu diberkahi-Nya. Siapa yang menikahi seorang wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya, siapa yang menikahinya kerana kekayaannya, Allah akan memberikannya kemiskinan,siapa yang menikahi wanita kerana nasabnya, Allah akan menambahkan kerendahan kepadanya, namun, siapa yang menikah hanya kerana ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau kerana ingin mempererat kasih sayang, Allah sentiasa memberi barakah dan menambahkan keberkahan kepadanya." (H.R Thabrani)

Subhanallah! Menikah dengan niat yang tulus kerana ingin menjaga pandangan dan nafsu serta mengeratkan kasih sayang justeru dibalas dengan berkah yang berlimpah oleh Allah SWT. Inilah kebahagiaan yang diberikan Allah kepada hamba-Nya yang menikah semata kerana-Nya.

Sekali lagi, kebahagiaan dan hadiah istimewa ini hanya diberikan Allah kepada mereka yang menikah dengan landasan Lillah, Billah, dan Ilallah.

Bismillahirrahmanirrahim, saya pun akhirnya menikah.

Alhamdulillah, kebahagiaan selalu menyelimuti kehidupan kami. Dialah isteri yang menyayangi saya dan tempat melabuhkan cinta, menafkahi lahir dan batin, menghibur ketika sedih, membangunkan untuk solat tahajud, memotivasi untuk berbuat kebaikan, dan mengingatkan solat tepat waktu.

Mungkin inilah barakah dari menikah kerana Allah, tanpa harus mengenal apa itu couple.

Faris Fadhil,
Syariah Tahun Empat,
Universiti Al-Azhar,
Dumyat, Mesir

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular