AMALAN SIMPLE DI AWAL PAGI


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ



Berikut adalah beberapa tips untuk melakukan kebaikan seawal pagi gelap gelita lagi ;D

SEDEKAH DUIT
Tindakan: sediakan satu tabung berserta nota ringkas untuk diri sendiri kt atas meja berhampiran dengan katil.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Awali pagi harimu dengan bersedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorangpun mukmin yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan itu.” (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 3)

SEDEKAH AL-FATIHAH
Tindakan: tampal gambar ibu ayah kt board study.

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.." pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


SOLAT SUNAT DI PAGI HARI
Tindakan: tepek fadhilat-fadhilat solat tahajud & solat sunat dua rakaat sebelum subuh kt dinding tempat kite tido.
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163.

SENYUM
Tindakan: senyum biarpun ketat sebab bile kite start hari kite dengan senyuman & positive thinking, insha Allah sepanjang hari kite akan diserikan bersama cas-cas positif. tak caye? takpe. try dulu sebab saye buat, jadi jee. kalau susah sangat, tampal gambar Mr. Bean boleh kot kat almari. haha

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


"Start simple-simple, lame-lame jadi apple."
Wallahu'alam.

Moga-moga walaupun sangattt ringkas tapi masih bermanfaat.
Yang baik, sebar-sebarkan. Boleh bantu saya melabur saham akhirat & pelaburan saham saudara saudari juga apabila apa yang di sampaikan & disebar-sebarkan memberi manfaat buat umat Islam sejagat.
Insha Allah.


Yang kurang, salah, cacat & cela, jangan lupe tegur. Nanti dapat pahala. Mekasih-mekasih. Doakan saya diberi kekuatan moga dapat mengamalkan apa yang di sampaikan ;D

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular