KITA YANG MEMILIH SIAPA KITA :D


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ




#situasi 1: Duludulu kalau takde telekung je, rase buntu nak solat macam mane. Takde telekung, macam mane nak solat?

#situasi 2: Duludulu kalau singgah solat di masjid atau surau, mesti pilih telekung yang lawalawa, wangiwangi. Kalau kepam, kononkonon nanti bau terbawak bawak dalam solat.

#situasi: Duludulu kalau solat di masjid atau surau, mesti aku yang paling last. Mesti yang paling akhir siap. Kalau boleh, muncung tudung tu nak tajam macam bucu roti tisu. Selagi muncung tudung bulat macam roti bom, selagi tu la dok ngadap cermin.

***

Ketiga-tiga situasi ni, aku alami tyme sekolah menengah dulu. Tapi bila dah masuk universiti, ada sesuatu yang baru aku belajar dari international students di sini. “Solat tanpa telekung.” Banyak pahala mereka. Tanpa perlu bersuara pun mereka mampu membiaskan sesuatu yang baik melalui perilaku mereka. Mudah je dapat pahala ;D

Mulemule terasa janggal, rasa kurang selesa. Tyme solat rasa ternampak sana, ternampak sini. Tapi, lamelame Alhamdulillah. Mule timbul dalam hati, Islam bukan serumit yang disangka. Orang yang merumitkan adalah orang yang rugi.

Banyak yang kami belajar. Belajar untuk memakai pakaian yang boleh dibawa terus dalam solat. Belajar untuk tidak merumitkan sesuatu keadaan walau kemana pun kami pergi. Belajar untuk menjadi wanita yang tidak mudah merungut. Belajar untuk sentiasa menjaga kebersihan & wudu’ supaya mudah tunaikan solat bila masuk waktu. Belajar untuk menghargai masa. Belajar untuk sentiasa mempelajari walau dari siapa pun.

Pernah suatu hari di kenduri tahlil aku solat dengan memakai baju kurung & tudung. Seusai solat ada seorang makcik tegur dengan wajah yang penuh kasihan & simpati,

“cu takde telekung ye. kesian nenek tengok. solat pakai baju kurung macam tu je. kenape tak bagitau nenek tadi nak solat. boleh pinjam telekung nenek.”

Rasa nak gelak pun ada. Kemungkinan besar sebab muka tyme solat, muke kesian sangat minta simpati sebab tak bawa telekung haha.

“eh takpe je, nek. boleh je solat saya pakai macam ni. Insha Allah baju & tudung ni tak jarang ;D “


Dalam Quran / Hadith, wanita tak disuruh untuk memakai tudung atau telekung tetapi wanita diwajibkan agar auratnya ditutup rapi. Bukan dengan tujuan untuk menyusahkan atau menghukum wanita tetapi untuk meletakkan maruah & darjat wanita di tempat yang tinggi. Di tempat yang sebetulnya.

Kalau betul sesuatu itu mahal & berharga, adakah kita sanggup letak barang tu di tempat yang terdedah & mudah untuk orang lain mencuri atau menyentuhnya? Tak risau rosak? Tak takut hilang? Lihat dengan pandangan mata hati & bukan lagi dengan pandangan mata kasar.

Siapa kata haram pakai selendang, tudung jawa, tudung melayu, tudung siam, tudung bawal, tudung pari atau semua jenis tudung yang wujud sekarang? Bidang 60 tidak diwajibkan dalam mana-mana Hadith. Bidang apa pun tak kisah asalkan sesuai dengan kita. Tak baik ye menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Pakai apa pun boleh asalkan longgar, tidak terlalu ‘meriah’ atau 'gilang gemilang', tidak jarang atau singkat. Senang je nak tau pakaian yang kita pakai okayy atau tak. Tengok depan cermin, tanya diri sendiri;

“Agak agak kalau baju yang aku pakai ni, sesuai tak untuk bawak dalam solat?”


Hak menutup aurat bukan hak mereka yang belajar pengajian agama. Bukan hak asasi mereka yang tua tua. Bukan hak mutlak penceramah dan pendakwah. Menutup aurat adalah hak semua. Siapa yang tak tutup aurat maknanya dia tak menunaikan hak diri sendiri. Siapa yang tak tunaikan hak diri sendiri maknanya dia benci diri sendiri. Dia benci diri sendiri sebab sanggup letak risiko paling besar untuk jasadnya diseksa di neraka kelak. Kalau nak tahu, kecantikan sebenar terserlah bila seseorang itu menutup aurat biarpun muncung tudung tak setajam bucu roti tisu. Betul ni. Takkan nak tipu pulop ;D

Ada seorang adik usrah [Farah Sakinah] berkongsi pengalamannya solat di surau luar kampus dengan hanya memakai baju, tudung biasa tanpa telekung. Kita tidak jangka, walau sekecil-kecil benda pun ianya mampu didakwahkan tanpa kita sedar.

Makcik sebelah dia, dok tenung dari mula solat sampai ke rakaat terakhir. 
[tak berapa ingat sangat exactly dialog antara mereka berdua]

"takpe ke dik solat macam tu je?"

"oh, takpe je makcik. asalkan, aurat ditutup sempurna; pakai stokin, tak nampak lengan tangan, tudung tak jarang sampai nampak rambut, bersih, boleh bawa pakaian untuk tunaikan solat. Islam itu mudah. Pakai apa pun boleh. Melayu sendiri yang merumitkan :D "

"oh baru makcik tahu. mak cik ingatkan wajib pakai telekung waktu solat. terima kasih ye, dik! boleh la makcik solat macam ni je lepas ni asalkan aurat ditutup dengan baik. Moga Allah mempermudah urusan kita semua."

***

Tunjuk kepada mereka Non-Muslim, kita wanita Muslim yang berprinsip. Ada pegangan. Tidak mudah terpengaruh. Tak perlu terjerit-jerit paksa mereka masuk Islam. Tak perlu sehingga menghina bawa mereka masuk Islam. Tunjuk dari luaran, akhlak. Sampaikan dengan dengan penuh kehalusan. Kerana selalunya yang luaran itu terzahir dari dalaman. Jangan sampai mereka Non-Muslim tak tahu beza yang mana Muslim yang mana Non-Muslim. Nauzzubillah. Siapa tahu dengan akhlak kita yang dibiaskan melalui akhlak Rasulullah s.a.w mampu melembutkan hati mereka sehingga tertarik untuk bersama sama Islam. Insha Allah, Amiin Ya Allah. Islam jangan dirumitkan kerana Islam itu mudah.

Kalau kita mahu diri kita dihormati oleh orang lain,
hormati diri sendiri dahulu.

***

Perkongsian sebegini bukan dengan tujuan untuk
menunjuk baik,
memapar kesempurnaan,
mencari publisiti.

Tidak sama sekali.
Cuma nak berkongsi perkongsian dari kawan-kawan yang lain,
manis & tenangnya rasa bila aurat ditutup hanya Allah yang tahu :)

Nazrey Johani - Muslimah

Ramai orang cakap nak pakai tudung selepas bernikah, sebab tak mahu bagi suami tanggung dosa. Tapi relakah kamu bila BAPA menanggung dosa itu sebelum kamu bernikah?
[Anonymous]


Kesian ayah :'(

***

* p/s: Kalau tiada pemimpin, siapa yang nak memimpin? Kalau ketua kapal tidak tahu arah atau tak ambil geografi time PMR dulu, macam mana ketua kapal nak bawa kita ke destinasi yang betul & tidak sesat dengan hanya mengikut arah angain atau deruan ombak?

* Hormati perbezaan pendapat selagi tidak bercanggah dengan syara' & Selamat Mengundi! Yang penting, jangan sampai hina menghina. Rasulullah tidak pernah ajar kita semua cara-cara / taktik-taktik yang baik untuk menghina. Yang baik datangnya dari Allah & yang buruk cacat cela itu disandarkan atas diri saya sendiri :D


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular