Korek Hidung Membatalkan Puasa? :D

Soalan:
Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:
Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:
Maksudnya: Berlebih- lebihlah dalam istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung,memasukkan secara sepenuhnya) kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142 ), Tirmizi ( no: 788) , Nasaie (no : 87 ) dan Ibn Majah ( no: 407) .

p/s : korek hidung itu tdk mngenyangkan maka dibolehkan :) tp jgn brlebihan ye kwn2 :D

Ulasan

Catatan Popular