Bidadari..

Di dalam al-Quran,  Allah menyatakan bahawa di syurga nanti akan terdapat bidadari-bidadari yang akan menemani para mujahid yang menempah tempat di syurga.

“Ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.”
(Al-Waqiah,56:22-24)

Subhanallah. Indah sungguh gambaran seorang bidadari syurga. Tak terbayang oleh minda yang terbatas ini.
Alangkah indahnya jika dapat bertemu dan berdampingan dengan bidadari. Berada disamping bidadari begitu mengasyikkan. Terbuai-buai.

Kaum hawa sekalian, tentunya kamu semua kepingin menjadi laksana bidadari bukan?
Pesona kecantikannya bak bulan purnama yang sedang mengambang.

Apakah bidadari itu hanya terdapat di syurga?
Atau adakah terdapat bidadari di dunia nyata?

Buat kaum Hawa, insya-ALLAH, kalian semua berpeluang menjadi bidadari di dunia yang fana ini. Namun ada syarat-syaratnya.

Jadilah wanita acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Wanita seindah bidadari adalah wanita acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Bagaimana pula untuk menjadi wanita acuan Al-Quran dan As-Sunnah? Lihat kriteria di bawah.

Apabila melihat senarai di atas, pasti terlintas perkataan MUSTAHIL.
Mustahil dapat penuhi setiap kriteria.

Ya. Ianya tidak semudah ABC. Tetapi, tidak pula sepayah mendaki gunung yang curam.

Bermula sedikit demi sedikit, insyaAllah suatu hari nanti kamu, kita semua dapat menanam kesemua sifat dan kriteria tersebut di dalam diri. Jika ada kemahuan dan keazaman yang tinggi, tiada yang mustahil.

Cuma yang perlu disematkan adalah niat. Bukan gelaran bidadari yang dicari, tetapi redha Allah, Tuhan Yang Agung.

Moga setiap usaha yang dilakukan diberi ganjaran oleh Allah.
Dan dengan izin-Nya, kita nanti digelar seorang bidadari.

p/s: Bidadari Syurga ~ Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata,  

"Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)

Ya Allah, tak sanggup aku jika bidadari Syurga memiliki suami aku nanti, aku mahu aku yang jadi bidadari di dunia ini dan bidadari di Syurga kelak di samping suamiku.. Wahai para isteri, taatlah pada suami kamu, tidak cemburukah kamu jika suami kamu menjadi milik bidadari Syurga kelak.. huhu T_T

Ulasan

Catatan Popular