Kenapa Menempah MUSIBAH SEBELUM Nikah? ~Before Kawen, berkapel. After Kawen, Skandal kiri kanan~ ???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


Salah Suami atau Salah Ilahi?

Sms seorang ibu muda mencuit rasa hati saya untuk berkongsi.

“Ustazah, suami saya bercinta balik dengan bekas kekasih lama dia. Saya terkontang-kanting jaga anak dua orang. Badan masih lemah sebab baru lepas keguguran. Suami saya pula berseronok asyik keluar ‘dating’ dengan perempuan tu. Ustazah, kenapa Allah buat begini kepada saya? Kenapa Allah kejam? Kenapa Islam benarkan suami berseronok-seronok tapi membiarkan isteri dalam derita?”

Astargfirullah! Suaminya curang tapi kepada Allah dan Islam pula dilontarkan kesalahan. Saya mesti membela Allah dan Islam di hatinya. Hanya Allah yang memiliki ubat terhadap segala kesedihan. Jika kita rasa Allah kejam, bukan Allah yang kejam tetapi kita yang belum kenal baiknya Allah SWT. Jika kita rasa Islam tidak adil, bukan Islam yang tidak adil tapi kita yang belum menambah ilmu terhadap keadilan Islam dan kesyumulan undang-undangnya.

Saya cuba masuk ke dalam ‘kasut’ ibu muda ini. Kondisinya yang baru lepas keguguran menyebabkan jiwanya terganggu dan perasaannya kecamuk. Kasihan dia. Saya tunjukkan empati sebelum memberi solusi. Saya tadahkan telinga mendengar jeritan batinnya. Dia berulang-ulang mempersoalkan keadilan Allah dan menyalahkan takdir. Saya bertanya,

"Dulu sebelum nikah, saudari selalu keluar ‘dating’ dengannya?"
"Err, ya. Ber’couple’ sakan,” jawabnya lambat-lambat.

Allah Mahu Kita Bahagia

Saya nampak puncanya. Tak mengapa. Hal yang silam itu untuk dimuhasabah bagi mengcungkil ibrah (pengajaran). Ia bukan untuk dirintih-rintihkan. Saya mesti membantunya memanfaatkan potensi hari ini untuk ‘mengubat’.

Allah sudah memberitahu kita awal-awal di dalam al-Quran,

Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). (Surah al-Syura: 30).

 Betul! Kebanyakan musibah yang menimpa diri kita adalah kerana diri kita sendiri yang menempahnya. Allah tidak membenarkan kita ‘menghampiri zina’ sebelum bernikah termasuklah ber’couple’ tapi ramai orang yang melanggarnya.  Islam memperkenalkan cara yang jauh lebih bermaruah dan layak dihormati tapi kita tidak mahu memilihnya. (Insya-Allah kita bincangkan dalam artikel seterusnya).

Apabila sudah bernikah, mereka mendapat pasangan yang suka ber’couple’ dengan orang lain pula. Oleh sebab itulah, jika kita mengikut petunjuk  Allah sejak awal, potensi untuk bahagia lebih besar. Allah bukan sengaja hendak susah-susahkan kita apabila Dia bagi peraturan. Bahkan, Dia mahukan yang terbaik untuk kita.  Firman Allah SWT,

"Allah mahukan kesenangan bagimu. Allah tidak mahukan kesusahan bagimu."

p/s: Semoga terpelihara IKHTILAH kita ^_^ Jaga diri, Iman dan hati na 


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam...
saya sangat tertarik dengan tajuk kupasan saudari nie..mengenai kapel..untuk pengtahuan saudari..dulu2 bila sy lihat pasangan kapel yg lain..hati sy merintih..persoalan yang sering bermain di dalam hati..sy pn teringin..mempunyai pasangan hidup dengan kate lain..ada keinginan untuk berkapel mcm orang lain..kuar dating dan sebangainya..syukur alhamdulillah..Allah telah memelihara sy dan memberikan petunjukNYA..sy benar2 ingin mempunyai seorang teman hidup tetapi dengan cara yang diredoiNYA. Alhamdulillah..DIA telah membuka jalan..dan mempertemukan sy dengan lelaki yg baik budi perkertinya. dari awal perkenalan sy dengannya..tiada istilah kapel dalam hubungan kami..malahan..kami tidak pernah keluar berdating..sebaliknya..pasti ada kedua orang tua kami bersama..pertemuan kami hanya di rumah saya..bersama2 ahli keluarga...dari awal pertemuan hingga lah kami ditunangkan..
walau bagaimanapun..ada suara2 dan cakap2 yang kurang enak..mengenai cara kami berhubung..sepupu2 dan mak2 saudara sy semua mempertikaikan cara kami berhubung..di mata mereka..apa yg sy buat..salah..tak betul..kenapa..si dia tidak bawa sy keluar jalan2 dan berdating..untuk kenal hati budi masing2..sebagaimana orang lain kapel?..maka keluarlah pelbagai andaian dan sangkaan yang tidak baik terhadap kami...sy hanya mampu menangis..apa yg sebenarnya yg disyariatkan dalam Islam dikatakan salah pula..istilah kapel itu pada sy merujuk kepada awek..pakwe mak we..gf..bf..tiada matlamat yg jelas..
sy juga tidak melihat si dia sebagai pak we of bf sy..tetapi sy melihat si dia sebagai bakal suami sy..dan sy sendiri dapat merasai si dia mendekati sy bkn bertujuan untuk dijadikan awek, makwe or gf..tetapi sebagai seorang isteri..
sekarang sy sedang melalui hari-hari yg mendebarkan..insyaAllah..pada 27jan nie ..kami berdua akan diinjapkabulkan..
walau pun..jauh disudut hati..hati sy menangis dengan tohmahan daripada saudara mara..
apa yg penting pada sy adalah keredoan dan keberkatan Allah Taala dan restu daripada kedua ibubapa..
sbagaimana coretan saudari dahulu.. saya sangat2 bersetuju..3 perkataan yg sangat dinantikan oleh wanita bukanlah..I love U..(kami berdua tidak pernah mengungkapkan kata2 nie) tetapi 3 perkataan yg sangat dinantikan adalah: AKU TERIMA NIKAHNYA..

P/S: doakan kami..mudah2an..Allah mempermudahkan urusan pernikahan kami dan terus memelihara sebuah ikatan halal yang terbina di antara kami..

Catatan Popular