Siapa kita untuk mengkritik ciptaan Allah...

______________________________________________

Cuba bayangkan jika kita boleh baca hati sesama kita. Na’uzubillah! Pasti tidak ada sesiapa yang sudi mendekati kita dan kita pun terasa takut untuk mendekati org lain. Kerana yang tertera di hati, baik di hati kita atau di hati orang lain, semuanya adalah hitam belaka. Walau bibir mengukir senyuman semanis madu, belum tentu yang tertera di hati semanis itu juga.

Yang tersirat di hati sukar dinilai
Hanya DIA yang layak menilai
Ilmu dan firasat kita terbatas
Kerana semua itu adalah hakNYA
ramai yang cenderung untuk menghormati
ramai mengagumi hanya yang cantik
memerhati hanya yang kaya dan bergaya
hanya yang bijak dan berkedudukan
sesungguhnya perlakuan dapat mencerminkan
hati manusia itu murni atau karat
berbanding dengan manisnya kata-kata yang diucap...

Manusia boleh berkata apa-apa sahaja. Tetapi tak semua kata-kata itu lahir dari hati. Setiap perbuatan yang kita lakukan, walaupun tak terlahir dari hati, namun lama kelamaan akan terzahir dari hati yang sebenar. Itulah gambaran hati kita.. begitu juga dengan ciptaan Allah. Setiap kejadian Allah ada keistimewaannya yang tersendiri sekiranya kita menilai ciptaan itu dengan hati yang bersih...


Marilah kita ambil pengajaran dari sejarah Luqman al-Hakim yang berasal dari Afrika, berkulit hitam pekat, wajahnya tidak menarik sama sekali, berhidung pesek, bertubuh pendek dan seringkali menjadi bahan ketawa orang lain. Jika dilihat dari bentuk fizikalnya, jauh sekali daripada menarik. Tetapi jika kita lihat perjalanan hidupnya, semua orang akan dan pasti kagum dengannya. Beliau memiliki akhlak yang terpuji, seorang muslim yang taat, setiap butir mutiara kata-katanya tidak terniali harganya... contohilah kebijaksanan beliau dalam mendidik anak-anaknya dengan nasihat sehingga Allah memberikannya gelaran al-Hakim dan namanya termaktub di dalam al-Quran...

Sebagaimana yang disebut dalam tafsir Ibnu Kathir, pernah ada seorang lelaki yang berkulit hitam dan buruk rupanya pernah mengeluh kepada Sa’id bin Musayyab kerana dia selalu diejek orang.. maka Sa’id bin Musayyab berkata;

janganlah engkau merasa risau dan sedih
kerana kulitmu yang hitam dan wajahmu yang buruk itu
kerana ada tiga orang yang sangat terkenal kebaikannya
sedangkan ketiga-tiganya adalah berkulit hitam...

mereka adalah...

BILAL BIN RABAH yang menjadi muazzin Rasulullah
MAHJA’ yang menjadi maula khalifah Umar Ibn al-Khattab
LUQMAN al-HAKIM yang namanya tercatat dalam al-Quran...

Ulasan

Catatan Popular