Kehebatan Bulan Rejab berbanding Ramadhan ;)

Sebagai renungan, ahli hikmat pernah berkata:
“Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon ampun daripada segala dosa dan Syaaban pula
adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadan pula memberi penerangan
hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk
mendekatkan diri kepada Allah.”
Oleh hal yang demikian itu, amat wajarlah
setiap Muslim menginsafi diri dan merebut
ganjaran disediakan Allah agar dia dapat
menempatkan diri dalam kalangan mukmin
berjaya di dunia dan akhirat.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah
berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w
tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan
Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan
mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar
daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh
Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang
menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan
akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan
muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka
Jahanam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu
menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia
daripada memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua
permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan
perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu
batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang
seperti kilat di titian Siratulmustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa
fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua
dosanya yang lalu di samping menggantikan
amalan kejahatan dengan amalan kebaikan.
Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga dan orang pertama menziarahi
Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi
Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.  Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab
seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan
hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab
Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70
kali.
2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada
pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan
Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api
neraka.
3.Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah
s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban
bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan
bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan
badan, Syaaban menyucikan hati, manakala
Ramadan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan),
Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan
bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan
muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi
pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab
diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700
pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan
dalam bulan Rejab

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan
bertaubat dan memohon ampun.
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa
melalui amalan istighfar dan zikir.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan
menunaikan solat.
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan
dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah
teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah
Islam lain.

Ulasan

Catatan Popular