Mati tidak menunggu taubatmu


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ




“Awak dah patut berubah dan ni.Mujur Allah masih berikan awak peluang untuk hidup.Kalau tak?”. Masih terngiang-ngiang kata-kata ibuku selepas aku mengalami kemalangan yang melibatkan sebuah motorsikal dan peunggang yang hampit-hampir masuk ke dalam sungai yang sangat deras memandangkan ketika itu baru selepas hujan,jika diikutkan,aku dan kereta aku juga hampir terhumban ke dalam sungai.Selepas kejadian itu,aku mula berfikir,kalau Allah mengambil nyawaku sebelum aku sempat bertaubat,bagaimana aku hendak berhadapan dengan Allah dengan dosa yang banyak? Dan seksa kubur apa yang akan ku terima jika aku terus begini?
Selepas peristiwa itu,aku banyak berfikir,mungkin aku patut berubah,lalu Allah menunjukkan aku banyak jalan,tapi aku selalu menidakkannya,seperti remaja lain,jawapan aku hanyalah “Ala orang pakai tudung,bukannya baik sangat,ala kau nak nasihat aku,kau bukan baik pon,ala kau ni biarlah aku nak pakai macam ni,bukan aku kacau kau pon”.Ya itulah jawapan aku.Kenapa?sebab aku jahil,aku selalu tinggal solat,tak baca Alquran,kerana aku anggap Allah tidak memberikan aku hidayah,kerana itu aku tidak melakukan semua itu,dan aku selalu memikirkan,sampai satu masa aku akan berubah,padahal  hidayah itu harus dicari,bukan ditunggu,hidayah itu ada dalam Al-Quran.Sehinggakan Allah menemukan aku dengan seorang sahabat,dan dari dialah aku belajar mendekati islam,keindahan islam.Aku mula berubah sedikit demi sedikit,aku menyedari kiamat makin tiba,bukan makin jauh,sampai bila aku harus bergelumang dengan dosa?
Menunggu_ajal_menjemput_by_deholicc
“Bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum datangnya enam perlkara iaitu:Dajjal dan Ad-dukhon”(Sahih Muslim,Bab Fi Baqiyyah min Ahaaditisi Ad-Dajjal 18;87)
Selepas berubah,aku tak nafikan aku menerima dugaan.Dugaan kawan-kawan yang menanyakan “eh kenapa dah berubah?Eh,kau ni dah berubah tapi perangai sama juga”.Ketika ini belum ramai lagi kawan-kawan yang menjauhkan diri daripada aku,selepas aku berniqab,baru ramai kawan-kawan lama,yang sama-sama sambut tahun baru, seksi dan sebagainya mula meninggalkan aku,mula menjauhkan diri daripada aku. 

Tidak kurang juga,orang yang sangat rapat denganku mengatakan “Eh sejak bila jadi ustazah ni?Dulu pakai bukan main fashionista lagi,sekarang kenapa biasa-biasa je?””Ala lepas ni tak boleh dah nak keluar dengan kau,tak boleh dah nak karaoke semua”Aku terima ujian ini,sampai ada yang mengatakan kepadaku,yang aku hanya berlagak,tunjuk baik dengan segala status agama aku di Facebook.Aku tidak kisah dengan semua itu,kerana aku ingin menjadikan facebook sebagai salah satu tempat untuk aku berjihad dan aku ingin bawa semua itu ke alam “sana”.
Aku terima,aku terima,aku redha dengan segala ujian yang tak dapat aku ceritakan disini,aku bersyukur diberikan ujian,kerana dengan ujian aku tahu Allah menyayangi aku dan mengingati aku.Allah tidak melupakan aku,Tanpa ujian,mungkin aku akan tetap leka dan lalai dengan dunia.Alhamdulillah aku dikurniakan banyak kawan,sahabat,ukhuwah fillah yang lebih baik daripada dulu.Ketahuilah jika kita berkawan kerana Allah,walaupun baru jumpa seminit,kita akan rindu pada sahabat kita itu.Syukur,itulah yang aku rasa,aku rasa hidup aku lebih bermakna.
Jika kita berubah kerana Allah,Allah akan menghantar beribu bantuan tanpa kita perlu cari,Ya,tak percaya?Cubalah berubah,berjihad untuk menjadi yang lebih baik daripada hari ini.Selepas kita berubah,percayalah kita akan menyesal dengan perbuatan yang lalu dan kita akan terfikir “Ya Allah,menyesalnya aku buat perkara dulu!Ya Allah,bodohnya kesilapan lalu aku!Ya Allah terima kasih kerana masih memberikan aku peluang untuk berubah!”.Sambil mengesatkan air mata.Bersabarlah,ujian itu pahit,tapi kesannya itu manis,mungkin kerana perubahan kita itu,boleh membawa kita ke syurga,boleh menemukan kita dengan Rasulullah saw.Berubahlah kerana mati tidak menunggu taubatmu.
cc: TeamHijrah
وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Semoga terus istiqamah & diberi'n kekuatan..
Heaven Story berkata…
terbaikk... slm ukhwah =)
DLaAMaya22 berkata…
Assalamualaikum... Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada ukhti2 syg :')

InsyaAllah, Allahumma amin, semoga kita sama2 terus Istiqomah bertaqwa kpdNya dan diberi kekuatan menempuh dunia yang penuh liku-liku menuju JannahNya :')

Catatan Popular