.::Mencari RedhaMU::.


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta

Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sihat
Yang penting adalah redha-Mu, redha-Mu

Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Sebab itu aku meminta selalu

Jika redha-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli

Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Engkau kan murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka

Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redha-Mu
Tuhanku

Berilah keredhaan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fadhilat
Bukan kerana syurga

Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku

Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta
Kupinta selalu


p/s:
♥ Aku mencari redha Allah, kerana di hujung kehidupan itu, aku akan bertemu denganNYA ♥
♥ Aku ingin meraih redhanya Allah, kerana dengan redhaNya kehidupan ini lebih berkat dan tenang ♥
♥ Aku inginkan redha Allah, kerana tanpa redhaNya segala amalku pasti tiada istiqamah ♥
"Ya, Allah.. berkatilah usia ku, ampunilah diriku dan redhailah setiap amalku.. Sungguh aku ingin redha-Mu bukan redhanya seorang manusia.."

والسلام 

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular