Pernah rasa rindu tak?


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum

Orang pernah tanya saya:

"Anda ni, tak pernah rindu dengan tunang anda?"

Saya jawab: "Semestinya."

"Jadi, anda buat apa?"


"Setiap kali saya teringatkan dia, saya akan ingat kepada tanggungjawab saya yang bakal saya galas bila saya kahwini dia nanti. Itu menjadikan saya tidak asyik dalam rindu, dan saya akan menyibukkan hati dan perasaan ini dalam pembinaan diri saya sendiri."


Sebab itu saya lebih kepada penekanan terhadap tanggungjawab, dan persediaan diri. Kerana itulah tanda cinta yang sebenar. Kata-kata jiwang, sweet, dan sebagainya, itu belum tentu mampu membuktikan cinta kita hakikatnya.

Bukankah cinta yang sebenar, adalah mahu bersama ke syurgaNya? Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.


Barangsiapa yang katanya bercinta,
tetapi dia tidak menjaga pasangannya dari neraka Allah SWT,
maka dia telah berbohong dengan cintanya.


والسلام 

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular