Aku Lalai Dengan Perintah-Mu Ya Allah


Aku create page 'Aku Lalai Dengan Perintah-Mu Ya Allah' ni bkn bermaksud aku dh ckup bagus dlm ilmu agama ni... disebabkan aku pon TERlalai dengan perintahNya lah ak tergerak hati nk create page ni.. yelah kdg2 kita xsedar dan mungkin xramai yg berani sedarkan kita kn.. 

Page ni bkn utk aku je... utk sume... pe sje ilmu yg korang ada... boleh la share kn.. sama-sama la kita memberi peringatan kpd semua Hamba Allah swt & diri sendiri kan.. tiada siapa yg sempurna di atas muka bumi ini melainkan Yang Maha Esa...

Kalo bkn kita.. siapa lg yg boleh mengingatkan kita kalo bkn saudara seIslam kita sendiri kan?? terlalu banyak perkara yg boleh melalaikan kita di zaman yg semakin MODEN ni... moden moden jgk maju maju jgk, cm mne pon Agama kita perlu dipertahankan dan kita perlu sentiasa mengejar amal ibadat sebanyak yg mungkin sebelum kita betul betul bersedia bertemu dgnNya... anda sudah bersedia?? 

Astafirullahalazim, aku pon byk lg perlu diperbaiki, hati aku pon perlu dibersihkan lg dgn dktkan diri kpdNya... hati kita pon bkn boleh boh clorox ke tuang pewarna bg jd puteh berseri... hati adalah tmpt tersmpannya Iman.. apabila hati kita bersih, pasti Iman dpt kekal di dlmnya... keimanan tdk brtahan lma dan tdk hadir pd hati yg kotor... keimanan hnya kekal pd hati yg bersih... bersihkanlah hati kita selalu... inilah modal awal untuk mmbuktikan yg kita orang Muslim.

ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah Al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksudHai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”


Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata :
"Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati."

Nauzubillah min zalik... Mohon kpd Allah semoga hati kita tetap kpdNya & dbersihkan hati kita dari kejahilan..

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Amin ya robbal al-amin...;)

Harap korang beri sokongan utk page ni dan ketahuilah bahawa :

"Sesiapa yg mengajak orang lain ke arah hidayah maka dia akan dapat pahala setara dengan pahala yg diperoleh oleh orang mengikuti ajakannya ; tidak sedikit pun dikurangi pahala orang berkenaan." (Riwayat Muslim,Ibu Majah,Abu Daud,al-Tirmizi dan Ahmad drpd Abu Hurairah)



p/s : terima kasih dan semoga kita semua diredhaiNya dan mendapat rahmat drpNya.. sama sama lah kita doakan.. insyaallah amin :)


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum... mintak izin share doa....
DLaAMaya22 berkata…
Waalaikumussalam..b0leh shbtku :D
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah. Insha Allah akan di amalkan. Nak minta izin share ukhti.

Catatan Popular