Lelaki dan Perempuan

5 SYARAT PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN

1. Tunduk Pandangan..

Dalil: Surah An-Nur ayat 30-31


An-Nur [30] : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka      menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
 
Selain lelaki, perempuan juga diminta menahan daripada memandang lelaki kerana ia juga boleh menyemarakkan nafsu.

An-Nur [31] : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya

Walaupun Islam membenarkan perempuan membuka atau menampakkan mukanya untuk urusan harian, namun ianya bukanlah alasan untuk kaum lelaki yang bukan mahram memandangnya sesuka hati. Diriwayatkan,  Rasulullah saw berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan Baginda.

Maksudnya..jaga pandangan kita.. jangan sampai memberi kesan kepada nafsu..

2. Jaga Ikhtilat

 

Jangan lah korang pergi jumpa berdua ja.. Ajak lah orang teman.. Jumpa lah kat tempat yang ada ramai orang dan tak timbul fitnah..

Khalifah Umar al-Khattab
"Sesiapa yang pergi ke tempat yang menyebabkan orang bersangka buruk kepadanya.. maka janganlah menyesal kalau orang berburuk sangka kepadanya".

3. Sopan


Jaga adab.. Tak perlulah meninggi suara/bertekak dengan lelaki (bagi perempuan begitulah juga sebaliknya)
Akhlak Islamiah anda.. Tunjukkan dengan betul keranaNya.

4. Tutup Aurat


Menurut Imam Syafie..
Bagaimana aurat ketika solat begitulah aurat kita di mana sahaja..

So what?? Pakailah stokin *tp stokin tdk wajib namun kita wajib menutup aurat kaki*.. dan handsock *tak salah kn kita melindungi aurat tgn dgn rapi* di samping pakaian yang melambangkan akhlak Islamiyyah anda.
Tak perlu tunjuk ke'kurus'an anda dalam berpakaian..
Dan..
Tak bermaksud tak boleh pakai cantik-cantik
Allah swt juga sukakan pada kecantikan..
Cuma.. TUTUPLAH AURAT dgn sempurna..

5. Jangan Buat Aksi 'comel'


Paham dak?
Jangan buat aksi yang membangkitkan nafsu ajnabi.. HARAM menurut Buku Fiqh al Mar'ah karangan seorang pensyarah Universiti Al Azhar

Sabda Rasulullah:
"Antara orang yang duduk di neraka ialah wanita yang buka aurat  dan yang melakukan aksi ghairah sehingga golongan lelaki terangsang..Mereka itu tidak akan masuk syurga"

Kehormatan seorang wanita

Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita".

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki (bukan mahram) berjalan di belakangnya, kerana ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.

Berikut adalah kelazatan, kenikmatan, keseronokan, keindahan, kemanisan akibat menundukkan pandangan;
  1. Menunjukkan bahawa seseorang patuh pada perintah Allah.  Akibatnya dia dapat merasa puncak kebahagiaan seorang hamba di dunia dan di akhirat.   Allah akan mengganti keseronokan syahwat dengan ketenangan jiwa, kesenangan dan kegembiraan hati yang sangat lazat.
  2. Dapat menangkis anak panah berapi syaitan dan sangat beracun, yang mana semuanya mengakibatkan kemusnahan moral manusia.
  3. Dapat menghiasi hati dengan cahaya serta melenyapkan kegelapan pada wajah dan anggota badan.
  4. Menyuci hati dari akibat sedih.  Orang yang tidak mahu menundukkan pandangan di dunia akan kekallah dia dalam kesedihan.
  5. Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
  6. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah serta peraturanNya.
  7. Mewariskan keteguhan hati dan keberanian.
  8. Menyucikan hati dari syahwat yang tersembunyi.  Seterusnya menawan nafsu untuk disalurkan pada tempat yang betul dan diredai Allah.
  9. Membebaskan hati dan minda dari berangan-angan tinggi.
  10. Menguatkan dan meningkatkan daya berfikir.  Seterusnya mewarisi sikap waspada terhadap akibat buruk yang akan berlaku dalam setiap tindakan.
  11. Mengurangkan sikap lalai.  Sekaligus dapat meningkatkan hubungan dengan Allah dan cintakan kampung akhirat.
 

Ulasan

Catatan Popular