Berkongsi Ilmu - NAFSU

Disini sy ingin berkongsi sedikit sebyk drp buku yg sy baca, yg pertama adalah MENGENALI NAFSU


Jihad yang baik

NAFSU ? Mesti ramai yang menganggap nafsu ini jahat semata-mata, tp sebenarnya tidak ! Ia bergantung bagaimana kita mengawalnya, kerana nafsu dapat dijinakkan seperti mana kita ingin menjinakkan ’kuda liar’ . Bukan mudah tp kita mampu menjinakkannya dgn usaha kita sendiri. Terdapat segenlintir manusia yg mengetahui punca kejahatan adalah nafsu, namun mereka tdk tahu bg mengubatinya. Malah, dlm situasi hari ini nafsu tdk dijinakkan ttp lebih BYK DISUBURKAN.

Rasulullah menerangkan, ’Jihad yg paling besar adalah jihad melawan nafsu.’ Rasulullah menyatakan nafsu menjadi punca utama kehidupan manusia porak-peranda dan huru-hara. Sebut apa sja kejhatan smada kecik ataupun besar, semuanya berpunca drp NAFSU.

Kenapa melawan nafsu dianggap jihad yg paling besar ? Malah kalo korang nak tahu, peperangan melawan NAFSU lebih besar berbanding peperangan senjata. Sebab pa ? SEBAB :-

1)      Melawan NAFSU sukar & berat.
2)      Melawan NAFSU dilakukan tanpa henti dan sepanjang hayat.

Rasulullah menerangkan, ’Ketahuilah sesungguhnya jalan menuju Syurga itu di kelilingi dgn pelbgai kepayahan dan ketahuilah sesungguhnya jalan menuju ke Neraka itu di kelilingi dengan pelbagai keinginan syahwat.

Allah swt berfirman :-
’Allah menjadikan mati dan hidup bagi mengetahui siapakah yg lebih baik amalannya.’ ( Surah al-Mulk, ayat 2)

Inilah antara hikmah yg kita dpt selami mengapa Allah menjadikan Syurga beserta dgn pelbagai rintangan dan halangan.

Tiada jalan mudah supaya selamat sampai ke Syurga kerana Syurga itu tdk tertanding nilainya. Antara kesukaran dan kepayahan menempuh jalan ke Syurga adalah melawan NAFSU.Sebaliknya jalan menuju ke Neraka adalah mudah kerana diinginkan oleh NAFSU. Kejahatan yg dilakukan menyebabkan jatuh ke Neraka adalah angkara NAFSU.

***************************************************

Ciri-ciri Nafsu

Begitu byk perkataan nafsu disebut dlm kitab Quran dan hadis, apakah NAFSU ? Sebaik shj Allah mencipta roh,

Allah bertanya, ’Apakah Aku (Allah) Tuhan kamu?’
Jawab Roh, ’Bahkan kami bersaksi’.
( Roh Bersaksi dan Membuat Pengakuan Allah adalah Tuhan )

Ini berbeza dgn NAFSU. Sebaik mencipta nafsu,

Allah bertanya, ’Siapa engkau dan siapa Aku (Allah)’.
Nafsu menjawab, ’Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku’.

Begitu angkuhnya nafsu hingga tdk mahu mengaku Allah sebagai Tuhan. Lalu Allah membakar NAFSU dlm Neraka selama 3 RIBU TAHUN.

Selepas dikeluarkan dari Neraka Allah bertanya soalan yg sama. Jawapan drp NAFSU tetap sama. Maka Allah membakar NAFSU selama 3 RIBU TAHUN lg.

Apabila Allah bertanya soalan yg sama, jawapan drp NAFSU tetap jgk sama. Allah membakar NAFSU 1 RIBU TAHUN lg. Selepas dikeluarkan dari Neraka Allah bertanya soalan yg sama. Pada kali ini barulah NAFSU menjawab, ’Engkau (Allah) adalah Tuhanku dan aku adalah hamba’.

NAFSU begitu degil, angkuh, sombong dan bongkak pd asalnya tdk mahu mengaku Allah adalah Tuhan. Jadi Allah memasukkan NAFSU yg degil ini bersama kejadian manusia.

Cara mengenal sifat NAFSU :-

  1. Bandingkan perasaan dgn perintah Allah

Berat bg melakukan perintah Allah. NAFSU mendtgkan pelbagai hujah supaya tdk beramal ataupun melakukan amal dgn tdk serius. NAFSU dirasakan pelbagai kemanisan dlm melakukan maksiat dan berlalai-lalai.

  1. Bandingkan perasan dgn solat

Solat yg mengambil masa sepuluh minit terasa berat, membosankan dan mahu diselesaikan secepatnya. Apabila imam membacasurah yg panjang, hati merungut dlm solat dan marah kpd imam. Apabila suhu tinggi, bdn merasa rimas. Apabila melakukan aktiviti berbentuk hiburan, 3 jam terasa singkat dan tiada kepuasan.

  1. Sikap tamak, rakus dan kedekut

Apa yg dimiliki bkn kepunyaan kita sebaliknya ia milik Allah. Mengapa manusia menjadi tamak ? Manusia perlu menjadi pemurah dan bersedekah. Apabila mengetahui semuanya adalah milik Allah, sikap tamak tdk mungkin terjadi. Namun, angkara NAFSU, manusia menjadi tamak dan kedekut. Kenyataan semua milik Allah terus  diabaikan.

Mujahadah, iaitu melawan NAFSU adalah frasa yg digunakan bg menjinakkan NAFSU. Mujahadah ini tdk ada genjatan senjata kecuali berakhir dgn KEMATIAN.

******************************************************

Disini sy ingin huraikan berkenaan dgn 7 peringkat NAFSU. Sy paling terasa apabila membaca peringkat-peringkat NAFSU. Kdg-kdg kita terlupa, lalai dan terlepas pandang yg kita sdg bertuhankan NAFSU kerana kita mengikut semua kehendak dan perintah NAFSU. Sepatutnya kita mengawal dan mengarah NAFSU apa yg kita perlu dan kehendaki, kita yg patut menjinakkan nya bkn NAFSU. Astafirullahalazim, berdosanya aku YaAllah. Ampunkan aku :’(

NAFSU AMMARAH

  1. Nafsu yg rendah dan jahat
  2. Berani melakukan kejahatan serta sukar mengambil iktibar

Misalnya, mereka tahu sudah ramai yg mati di gantung akibat mengedar dadah. Namun mereka tetap melakukan jgk kerana tiada perasaan takutpd tali gantung. Nafsunya memberi hujah peluang supaya terlepas dan bebas sentiasa terbuka luas.

  1. Terhimpun sifat mazmumah, iaitu sifat yg keji terutamanya degil, sombong, angkuh dan bongkak.
  2. Ego, iaitu mementingkan diri sendiri
  3. Berani berbuat maksiat dan kejahatan bahkan berbangga dgn kejahatan yg dilakukannya.

Allah tdk mengampunkan mereka yg melakukan dosa, maksiat dan kejahatan serat angkuh dgn perbuatan mereka. Golongan ini sememangnya wujud dlm masyarakat. Golongan ini sering berkata. ”Aku adalah contoh manusia yg berani”.

NAFSU LAUWAMAH

  1. Nafsu yg sudah sedar dan insaf ttp masih lemah. Sering terpengaruh dgn golongan nafsu.
  2. Nafsu ini sering mengkritik diri ataupun menyalahkan diri.

Setiap kali terdorong kpd maksiat dan kejahatan dia menyesal serta berazam memperbaiku diri ttp sering tdk berjaya. Demikian keadaannya, iaitu sentiasa dlm kedudukan jatuh bangun.

  1. Apabila pd kedudukan ini dan Allah tdk mengampunkan dosa, tenti masuk ke Neraka sebyk dosa yg dilakukan. Timbangan dosa jgk berat berbanding kebaikan.
  2. Memerlukan guru bg membimbing, memerlukan kwn yg baik dan jujur.
  3. Memperbykan zikir bg menguat perjuangan melawan hawa nafsu, membersihkan sifat keji serta menyuburkan sifat terpuji.
  4. Berusaha memperbykan amalan-amalan sunat.
  5. Apabila istiqamah berterusan dlm melawan hawa nafsu, maka peringkat nafsu yg seterusnya adalah nafsu Mulhamah.

NAFSU MULHAMAH

  1. Nafsu ini berada pd peringkat peralihan ataupun perantaraan antara nafsu Lauwamah dan Mutmainnah
  2. Kedudukannya tdk tetap, kdgkala naik kpd Mutmainnah dan adakalanya terjatuh kpd Lauwamah.
  3. Perlu terus melawan nafsu, membakar sifat-sifat keji dan menyuburkan sifat-sifat terpuji.
  4. Bagi memperbaiki diri dan dipimpin oleh guru dan berkawan dgn mereka yg baik dan jujur.
  5. Memperbykan amalan sunat dan berzikir.

NAFSU MUTMAINNAH

  1. Nafsu ini jinak dan tunduk dgn maksud nafsu yg tenang. Disebut jgk sbagai ’Qalbun Salim’, iaitu hati yg selamat sejahtera. ’Harta dan anak-anak tdk berguna pd hari akhirat kecuali apabila membawa hati yg sejahtera’.
  2. Allah swt berfirman :- 
’Wahai  jiwa mutmainnah, kamu kembali kpd Tuhanmu dgn (hati) reda dan diredai (Tuhan). Kamu masuk dlm golongan hamba-hambaKu. Dan kamu masuk ke dlm Syurgaku’.
(Surah  al-Fajr, ayat 27-30)

  1. Mutmainnah ialah hati dan jiwa ataupun nafsu yg tetap dgn Allah.
  2. Hati tdk goyang dan tdk goyah oleh kejahatan ataupun dorongan nafsu bertaraf rendah.
  3. Tiada keinginan kpd maksiat.
  4. Hatinya bersih drp sifat keji dan subur sifat terpuji.
  5. Pemimpin mampu memimpin diri dan masyarakat.

NAFSU RADHIAH

  1. Rujuk sifat terpuji reda.
  2. Reda adalah menerima dn rela dan sepenuhnya hati apa shj yg dtg drp Allah samada hukum-hukum syariat, peraturan ataupun qada’ dan qadar Allah.

NAFSU MARDHIAH

  1. Kedudukan mereka reda meredai dan disebut dlm kitab Quran, Allah reda ke atas mereka dan mereka reda kpd Allah’.

NAFSU KAMILAH

  1. Nafsu ini dimiliki para rasul dan nabi.
  2. Nafsu ini sempurna, iaitu kemahuan dan keinginan hanya kpd Allah semata-mata.
  3. Keinginan selain kpd Allah diambil sekadar keperluan sahaja dan berhati-hati serta dijaga supayatdk menyimpang dari jalan Allah.

p/s : Terima kasih kerana sudi baca ya sahabat, Insyaallah sy akan berkongsi lg bg tajuk-tajuk yg seterusnya. Semoga Allah swt beri rasa keinsafan kpd kita atas dosa-dosa yg telah kita lakukan di muka bumi Allah ini. Terlalu byk dosa-dosa kita yg kita sedar ataupun tdk sedar. Astafirullahalazim... :’(  Insyaallah, sama-sama kita doakan semoga Allah swt ampunkan dosa-dosa kita kecil mahupun besar...

Ampunkan dosa kami YaAllah, kami selalu membuat dosa, maafkan kami YaAllah, agar selamat kami dari neraka. Anugerahkan kami taubat YaAllah, Engkau adalah penerima taubat, kami tidak mampu masuk nerakaMu, kerana azabnya gerun dan dasyat tidak terperikan, dengan rahmatMu, ampunkanlah kami atau dengan kemaafanMu ampunkanlah kami. Amin Ya Rabbal ’Alamin :’(

Ulasan

Catatan Popular