Apakah senjata anda ?

SENJATA IMAN MENGALAHKAN KEKUFURAN


KALAMULLAH

FIRMAN Allah SWT: Oleh itu janganlah engkau (wahai Muhammad menurut kehendak-kehendak orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh)
*al-Furqan ayat 52*

HURAIAN

Ayar ini menerangkan bahawa Allah SWT menyuruh Nabi Muhammad supaya jangan mengikuti orang-orang kafir, tetapi berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran dengan cara bersungguh-sungguh dan beristiqamah. Pelbagai cara, uslub dan pandangan telah di gunakan untuk menarik perhatian mereka.

Temasuklah berbicara dengan perasaan dan akal fikiran mereka, dengan jiwa mereka suaya dapat meneyedarkan hati mereka tetapi HAWA NAFSU yang menjadi punca utama untuk melupakan hakikat-hakikat ini. Hasilnya kebanyakan manusia enggan menerima kebenaran kecuali KEKUFURAN.

Untuk berdakwah kita mempunyai pelbagai cara yang kreatif agar dakwah yang disampaikan dapat di terima oleh mereka sama ada melalui dengan cara berdakwah secara hikmah, melalui nasihat pengajaran yang baik dan berdebat dengan bijaksana.

KESIMPULAN

Oleh sebab itu, tugas Rasulullah SAW amatlah besar dan sulit kerana beliau terpaksa menghadapi umat manusia yang kebanyakan telah di sesatkan oleh HAWA NAFSU. Mereka enggan beriman dan terus memperlihatkan KEKUFURAN mereka walaupun bukti-bukti KEIMANAN sudah terbentang di hadapan mereka. Kita sebagai manusia hendaklah berhati-hati dengan segala macam cubaan dan dugaan yang kita sendiri tidak mengetahuinya.

p/s : ku petik drp Utasan Malaysia ’MEGA AGAMA’(12). Jumaat 27 Jan 2012 :)

Iman Iman Iman ! Engkaulah Senjata dalan diriku untuk melawan dan mengalahkan HAWA NAFSU ! Wahai Iman, berjuanglah engkau supaya aku dapat menjinakan HAWA NAFSU ini seperti mana menjinakan kuda liar. Insyaallah Nurdalila, dengan izinNya kau MAMPU ! Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah Iman aku, Engkau Tetapkanlah Iman aku kearah kebaikan dan sentiasa TAAT pada  PERINTAH MU Ya Allah. Amin Ya Rabbal ’Alamin.....

Ulasan

Catatan Popular