Erm erm erm.......

              ♥       ♥                            ♥              ♥              ♥                    
"Em..."
Dia menahan-nahan rasa hatinya daripada keluar. Membuatkan wanita yang berada di hadapannya kehairanan.

"Awak nak cakap apa?" Wanita itu bertanya. Kemudian tertawa lucu melihat dia yang serba salah begitu. "Ini mesti sebab kekok duduk berdua dengan perempuan kan?" Wanita di sebelahnya memandang ke tempat lain. Macam merajuk.

Alamak. Macam mana nak maniskan suasana ini?
Dia mula garu belakang kepala yang tidak gatal. Tersengih sendiri. Dia sudah mengarang entah berapa baris ayat-ayat yang manis untuk dipersembahkan pada hari bersejarah ini. Tetapi semuanya seakan ditelan dalam kejanggalan suasana ini.

"Atau awak sebenarnya tak benar-benar cintakan saya?" Wanita itu bertanya lagi, kali ini memandang tepat pada wajahnya. Nampak risau. Dia jadi sedikit gelabah. Saya cintakan awak, tapi macam mana saya mahu sebut, saya segan!

"Em.."
"Asyik em, em saja. Merajuklah macam ini." Perempuan itu bangun, namun sepantas itu tangannya menggapai pergelangan perempuan itu. Perempuan itu kembali menoleh ke arahnya, mata mereka bertentangan.

"Di dalam kehidupan ini, mustahil kita mendapatkan sesuatu, tanpa mengorbankan sesuatu. Jadi, sudi tak awak bagi 50% hati awak pada saya, jika saya rela berikan 50% hati saya pada awak?" Er... apa yang aku cakap ni? Dia memarahi hatinya. Tetapi itulah yang terluah. Tanda bahawa dia benar-benar mencintai perempuan ini.

Suasana jadi senyap seketika. Mata mereka berdua tidak lepas dari bertentangan sesama mereka. Wajah perempuan di hadapannya seperti terpana. Dan perlahan-lahan, wajah itu menguntum senyuman, dan berubah menjadi tawa kecil. Perempuan itu duduk semula di sisinya.

"Kita kan sudah jadi suami isteri. Saya isteri awak. Buat apa 50%. Saya sanggup bagi 100% hati saya pada awak. Kita sudah kahwin, tak payah hold back dah macam selalu. Saya izinkan awak jiwang-jiwang dengan saya sekarang, dan selepas ini." Isterinya bersuara, dengan tawa yang masih ada. Memeluknya erat.

Akhirnya dia juga ketawa. Aduh, fail. Apa la 50%!
Sudah terbiasa sangat dengan disiplin sebelum ini.

"Sorry, lupa ayat-ayat jiwang yang saya karang semalam. Nanti lepas ini saya ganti balik momen ini." Membalas pelukan perempuan yang dicintainya.

"Haha. Momen ini priceless la awak. Tak payah ganti. And you'll have forever to make it better."

Well, sebelum berkahwin bercinta dengan disiplinnya yang tersendiri, punya kemanisannya yang tersendiri. Bercinta bukan macam ramai orang bercinta. Bercinta yang benar, bercinta yang telus dan bersih. Menghormati pelbagai batasan yang digariskan.

Selepas berkahwin, cinta itu disempurnakan dengan disiplinnya yang tersendiri, yang punya kemanisan yang juga tersendiri. Telah terangkat batas-batas yang wujud sebelum ini, telah terbuka ruang yang lebih luas untuk membuktikan kebenaran cinta yang wujud di dalam hati.

Manis perasaan ini.
Kini, perjalanan baru terbentang buat diri.

"Saya cintakan awak."
"Saya cintakan awak juga. Sama-sama kita kejar redha Ilahi dengan rumahtangga kita ya?"
"Ya. Semoga Allah redha dengan cinta ini."
              ♥       ♥                            ♥              ♥              ♥                    
SoOoOo Cuwettttttt ^^

Ulasan

Catatan Popular