TIDAK ditemani MAHRAM ???

Rasulullah SAW bersabda :
HARAM bg seorg perempuan yg BERIMAN kpd ALLAH dan hari AKHIRAT kalau ia berpergian smpai prjalanan sehari semlm TANPA ditemani MAHRAMnya. (H.R al-Bukhari)
Assalamualaikum sahabat semua :')

Seperti kita lihat pd akhir zaman ini, perkara yg baik d'anggap janggal, pelik dan sebagainya. Tetapi perkara yg tdk baik d'agung2kan dan dipandang mulia dan biasa dikalangan setiap ummah. Berkenaan hadis di atas, saya tdk mengatakan Haram jika perempuan keluar keseorangan tanpa ditemani Mahram. Kerana kita lihat masa kini, keselamatan kita agak terjaga. 

Tapi bukan juga bermakna kita suka hati boleh berbuat demikian ya sahabatku. Berbalik kpd apa agenda sebenar. Mungkin ingin menghadiri Usrah, naik flight pergi future stdy, urusan kerja dll. Ini dibenarkan seorang wanita itu keluar tanpa ditemani Mahramnya, kerana seperti saya cakap td keselamatan kita terjamin. InsyaAllah...

Kerana Hadis ini di keluarkan pada zaman Nabi dahulu kerana ketika itu keselamatan kurang terjamin, dan memang perempuan pd zaman itu hanya tinggal di dlm rumah sahaja bukan seperti kita ke sana ke sini sampai terlupa di mana adab dan Hukum yg telah Allah SWT tetapkan mengenai pergaulan dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda:

Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).”
(Muttafaqun alaihi).

Berbalik kepada hadis di atas, 'tanpa ditemani Mahramnya'. Jadi sudah terang jelas lagi tersuluh, Mahramnya. Jadi bolehkah kita keluar berdua dgn BUKAN Mahram tanpa ditemani Mahramnya? Sudah tentu tdk boleh bukan? Sedangkan jika ditemani Mahramnya juga pelbagai perkara yg tdk elok berlaku jika kita lihat pd zaman masa kini. Jadi semua orang ambil mudah. "alaa, xpe ni kan Mahram aku ada. Ok la tu bkn aku kuaq sowg2 pon kan?" *sedangkan dia melakukan maksiat/tetap berdua2an juga dgn BUKAN Mahramnya. Nauzubillah T_T

Ramai yg ambil mudah, menitis juga air mata ini melihat perkara ini semakin berleluasa dan d'anggap perkara biasa sahaja. Ya Allah, apa yg mereka fikirkan sebenarnya? T_T

Sedangkan dalam gambar beramai2 dan apabila terdapat lelaki bersebelahan perempuan juga kita sudah mempunyai pelbagai 'anggapan' walaupun mereka diperkatakan hanyalah KAWAN. Kawan ? Sahabat ? Istilah tdk menghalalkan sesuatu yg Allah swt tetapkan. Apa sahaja Istilah yg kita berikan hukumnya tetap sama dan tiada siapa yg dapat mengubahnya.

Dalam sepotong hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, Rasulullah SAW dilaporkan bersabda:

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)
 
Pelbagai fitnah akan dilontarkan kepada tuan punya bdn yg di dlm gambar tersebut. KAWAN ! "katanya lagi" Fikirlah sahabat, adakah seluruh dunia ini tahu yg Kamu Hanyalah BerKAWAN? Walaupun kamu menyatakan perkataan KAWAN di gambar itu sekali pun, sebagai seorang manusia FITNAH dan SYAKWASANGKA itu tetap akan tercipta. Jadi apa yg kita perlu lakukan adalah tdk membuat perkara yg bakal menimbulkan FITNAH.

Itu baru sahaja 'Gambar' ! Apatah lagi jika dilihat dlm keadaan realiti? Nauzubillah..... Sangat menyedihkan dan membuatkan saya sangat risau dan berfikir setiap masa dgn masalah ummah sekarang. Sebagai manusia dan Hamba Allah yg Beriman, adakah kita merasakan ianya biasa jika melihat sekumpulan Hamba Allah yg terdapat ramai lelaki dan tiba-tiba sahaja kita melihat terdapat seorang perempuan di dalam kumpulan itu? Mungkin dia seorang adik mahupun kakak kpd lelaki-lelaki itu, tetapi di mata yg lain? Itu sebagai adik beradik kandung, bagaimana pula jika hanya KAWAN? SEPUPU? BUKAN Mahram tu.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)

Dimana letaknya malu perempuan itu? Tidak merasa janggalkah keluar bersama-sama rakan yg lain jantina? Hanya dia perempuan? Hanya dia? Fikir kembali "Hanya aku? Aku di kelilingi oleh BUKAN Mahramku? Dimana Mahram aku?" Astaghfirullah T_T

Sebagai manusia biasa, mereka akan buat pelbagai andaian, dan andaian itu disebarkan kemana sahaja mereka ingin sebar. Nauzubillah..... Terciptalah FITNAH itu, dari mata ke telinga yg lain, dari telinga yg lain itu pula ke telinga yg lain lagi. Ya Allah.... Dosa kita juga akan subur bercambah ke merata tempat T_T


Perkara ini dibenarkan dalam Islam jika ianya benar-benar darurat seperti sakit dan hantar ke hospital dan sebagainya. Begitu juga hubungan antara bukan mahram, hanya boleh jika ada urusan shj. Tapi ingat bukan 'buat-buat' ada urusan... Astaghfirullah T_T

Bagaimana kita ini pulihkan, ingin racunkan apa yg telah subur bercambah sebelum ini. Kita mungkin boleh bertaubat kpdNya atas dosa-dosa yg terlalu byk kpdNya. Tetapi bagaimana antara manusia dan manusia yg lain? Jadi seperti kita semua sudah tahu, kita hanya seorang manusia biasa, Hamba Allah yg Hina, Jadi setiap masa ataupun sebelum tidur maafkan setiap perbuatan yg telah orang lain lakukan kpd kita. Moga-moga sahabat kita yg lain juga maafkan setiap perbuatan yg telah kita lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tdk akan terlepas dari kekhilafan.

Wahai kaum Adam, saya juga tdk lupa kpd kamu. Jangan risau........ Di sini saya ingin ingatkan kembali, kita semua sebagai seorang khalifah dan daei dan kamu kaum Adam sebagai khalifah dan pemimpin kamu juga bertanggungjawab atas semua ini. Kerana apa? Kerana jika kamu sama-sama bertanggungjawab tegaskan bahawa semua ini salah, mungkin ia juga dapat dibendung. Jadi kita semua harus merasa diri kita bertanggungjawab akan masalah ummah masa kini. Tdk kira lah lelaki mahupun perempuan, kita semua dicipta sebagai menjadi khalifah di muka bumi ini.  Takut-takut nanti, kita tdk dapat menjawab apa yg bakal di soalNya nanti. Nauzubillah T_T

Firman Allah SWT:
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (Agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."

Surah AN-NUR: Ayat 55

Sucikan HATI dgn memaafkan saudara kita yg lain dan BERTAUBATlah kpd Allah SWT. Sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN lagi MAHA PENYAYANG. Menangislah Menangislah jika itu air mata yg mengenang dosa-dosa kita yg lalu, agarkan setiap titisan itu adalah dosa-dosa kita, maka gugurlah ia apabila TAUBAT kita diterimanya. InsyaAllah T_T


Boleh juga rujuk ini : SILA KLIK ^^

 
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata (wujud) bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yg sabar"
Surah Ali 'Imran: Ayat 142


p/s: Maafkan saya atas pendapat ini, jika terdapat kekhilafan dari saya sila beri teguran ya sahabat.. Ya Allah tetapkanlah Imanku, permudahkanlah urusanku, semoga setiap yg aku lakukan ini Engkau pandang sebagai Ibadahku kpdMu dan jihad kejalanMu. Amin ya rabbal 'alamin ♥ T_T

Ulasan

Catatan Popular