Percayalah hawaku, pelihara aurat&maruah, tinggi nilai harga dirimu.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?.

Biasanya ramai wanita yang menjawab "Thanks", "Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?

Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Point yang saya kongsikan sewaktu ceramah Langkah 1,2 3 mencari jodoh di Seminar Baitul Muslim pada 6 Okt 2012 yang lalu)

-Ustaz Zaharuddin Abd Rahman-

Dalam perniagaan juga, seperti ini kan lebih baik daripada mempamerkan 'model muslimah' katakan. huhu saya akui 'model muslimah' semuanya cantik-cantik sangatttt namun peliharalah ia pada yg halal. Tetapkan matlamat iaitu 'jual tudung/ baju/ jubah. Astaghfirullah... Semoga Allah Redha..

Kita tutup aurat dengan sempurna, tapi kawan kita tidak, still kita 'tak boleh' uplod gambar tu. Bila kita uplod gambar tu (tidak tutup aurat), seolah-olah kita tayang aurat kawan kita pada dunia. Please be careful !

"Jangan campurkan halal dengan haram." :')

Di nasihatkan juga pada yg berpurdah, kalau boleh jangan pamerkan gambar anda. Kerana sejujurnya saya lihat sendiri, walaupun hanya dgn mata. Mana-mana lelaki tetap tertarik akan kecantikan mata kita. Nauzubillah.. Terdapat komen-komen yang kurang enak didengar. Semoga dijauhkan perkara-perkara tersebut. Lelaki kadang-kadang tidak dapat menahan nafsu mereka. Astaghfirullah, lihat mata, lihat hidung, lihat bibir saja mereka mempunyai pelbagai spekulasi melalui gambar tersebut. Ya Allah, jauhkan kami kaum hawa daripada fitnah dunia ini. 

p/s: Jangan marah kalau seseorang tu add awk tanpa meletak PROFILE PICTURENYA, bersangka baiklah,mungkin juga dia nak menjaga maruah dia :')

والسلام
The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)

#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular