Lebih GAGAH jika Solo ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum



Ramai berpendapat, bila kita berpasangan, dalam konteks ini pasangan itu bermakna, kekasih. Apa yang saya maksudkan ialah kekasih yang tidak halal. Apa kekasih yang tidak halal??

Pendapat aku sendiri, kekasih yang tidak halal adalah kekasih yang secara rasminya belum sah untuk kita dekati secara fizikal dan juga rohani. Kenapa? Sebabnya, mereka adalah golongan yang belum kita ikati dengan pertalian yang sah di sisi agama. Sebenarnya dalam entri ini, tidak mahu aku ulas mengenai kisah cinta Adam dan Hawa yang sememangnya telah ditetapkan untuk hidup bersama tetapi aku cuma ingin meluahkan rasa tentang hidup sendiri atau nama lainnya, bujang.

Pernah sahabat bertanya, "Pernah bercinta?". Tiba-tiba teringat kisah dulu. Kenangan bersama kawan-kawan. Kalau diimbau kembali, memang tiadalah pengalaman itu. AKU TIDAK PERNAH MEMPUNYAI KEKASIH tetapi aku bahagia. Aku lihat ramai yang mempunyai kekasih, mereka bahagia tetapi ada juga yang menderita. Banyak masalah.

Antara masalah mempunyai kekasih:
- selalu fikirkan si dia (Tuhan disisihkan, keluarga diketepikan, sahabat dilupakan)
- selalu nak bersama si dia (sepanjang masa hanya untuk dia, bukan untuk orang yang lebih perlukan kita)
- selalu hubungi dia (membazir duit dan masa)
- masalah hati (cemburu, sakit hati, mudah sedih HANYA kerana seorang manusia)
- masalah pelajaran (kurang perhatian akan masa depan)
- angau (lagha)
- dll

Banyak buruk daripada baiknya hidup berkekasih yang tidak halal. Kalau alasan kita untuk bercinta adalah seperti; "I need someone to cheer me up!", "I'm alone.", "bla bla bla...I'm #foreveralone", baik fikir balik. Siapa keluarga kita? Siapa kawan kita? Bukankah kita masih punyai mereka di dunia ini? Kita juga ada Allah, kekasih yang tetap setia dengan kita. Jadi mengapa perlu mencari yang lain? Ingatlah, kalau ingin bercinta, bercintalah dengan niat kerana Allah SWT. Jangan landaskan cinta itu kepada nafsu yang mengheret sekali cinta si iblis.

Lebih baik kita sebagai umat Islam, tumpukan perhatian kepada tujuan utama kita hidup di atas muka Bumi ini iaitu untuk menghambakan diri kepada Allah SWT. Jangan terlalu asyik mencintai manusia yang tidak kekal dan hanyalah hamba kepada Allah Maha Esa sehingga kita meletakkan cinta Allah sebagai cinta kedua selepas cinta manusia. Semoga kita dijauhkan daripada situasi seperti ini. Amin...

Kerana kita semua lebih gagah tanpa "kekasih sejati"(kononnya), tetapi kita lebih hebat dengan kekasih yang Satu iaitu Allah SWT.

p/s: zauj ku, ana sentiasa menanti awk.. kenang daku dlm doamu ya zauj ku.. jgn pernah letih mempertingkatkan iman ya awk.. semoga Allah redha na :')

والسلام 

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular