9 Cara Make-up Seorang Muslimah


بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum


1** Jadikan ghoddul basor (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya semakin dilihat orang.

2** Oleskan lipstik kejujuran pada bibir anda nescaya semakin manis kakat-kata anda.

3** Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang di jual di saloon iman.

4** Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelanf tawaduk dan jari-jemari anda dengan cincin ukhwah.

5** Pakailah giwang mustamik (pendengar) yang taat kepada Allah dan RasulNya nescaya anda akan semakin anggun.

6** Pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

** Rawatlah rambut anda dengan jilbab Islami yang menghilangkan panahan pandangan lelaki yang merbahaya.

** Sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian.

** Bedaklah wajah anda dengan air wudhuk nescaya muka anda akan bercahaya di akhirat.

Petikan dari : Buku Motivasi diri > Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
(Dato' Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah + Hj. Muhammad Zakaria + Fatimah Syarha :')

والسلام
The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)

#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam...
terima kasih atas perkongsian yang pada saya sangat bermanfaat untuk menjadi seorang muslimah yang solehah..jika tak keberatan..boleh saudari berkongsi..tajuk lagu tema sebelum ini tentang selawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
DLa AMaya berkata…
waalaikumussalam...
afwan sahabat, semoga bermanfaat utk kita bersama, insyaAllah..owh,lagu tema tu...alhamdulillah, lagu tu Sami Yusuf, Asma Allah... ini ada saya bagi link utk sahabat, hope dapat membantu... salam ukhwah fillah :')

http://www.youtube.com/watch?v=dhwdEtO5fJE&feature=relmfu
Tanpa Nama berkata…
SALAM..

terima kasih..alhamdulillah..sy telah menemuinya..lagu tersebut benar-benar menyentuh hati sy..sungguh..ada ketenangannya..tika kini sy diulit kesempitan dengan ujian Allah..mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan petunjuk... situasi kepada..'AWAK KITA NIE BERCINTAKAH?'

Catatan Popular