AMANAH DALAM BERINTERAKSI ANTARA LELAKI WANITA
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Segala pujian-pujian Kepada Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kesejahteraan kepada Nabi Muhammad SAW ,keluarga baginda, para sahabat dan tabiin.
Jom! Ambil pengajaran dari kisah Nabi Musa a.s!
Contoh yang paling awesome ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s agar para pemuda dan pemudi tahu dan amalkan bagaimana cara berinteraksi sesama mereka.Sebagaimana Firman-Nya dalam surah Al-Qasas ayat 23 hingga 26 :
..........................................................
..........................................................
[23] Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “.
[24 ]Maka Musa pun membantu memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
[25]Kemudian salah seorang perempuan dari dua beradik itu datang dgn berjalan dalam keadaan malu-malu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu “.
[26]Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai”.
Sesungguhnya kisah yg diceritakan Allah SWT ini merupakan kisah yg sgt hebat dalam hal AMANAH BERINTERAKSI DGN WANITA.
Belajarlah! Contohilah Nabi Musa a.s! Apa yang beliau lakukan saat kedua wanita tersebut tak dapat ambil air ketika ramai org sedang mengambil air?? Adakah Nabi Musa berkata 'urusan ini tiada kena mengena dengan aku pon" atau "oh!aku tidak akn bercakap dengan wanita!".Tidak, beliau membantu kedua gadis tersebut yang terhalang untuk memberi minum kambing-kambingnya.
Allah..Ada juga pemuda-pemuda tersalah faham bahawa berinteraksi dengan wanita itu adalah haram hukumnya sama sekali. Tidak jawapannya.
Nabi musa datang kepada kedua wanita tersebut dan bertanya " Apa hal kamu berdua..." Inilah adab Islam. Nabi Musa tidak mengatakan "hai, nama saya...nama awak?..." Tapi beliau terus bertanyakan hal penting dan terus membantu apabila sudah tahu kesusahan kedua gadis tersebut..
Begitu juga dengan kesopanan gadis2 tersebut. Lihatlah pada adab keduanya .Jika ayah mereka (iaitu Nabi Syuaib) belum tua dan masih berdaya mereka tidak akan pergi ke tempat air itu yang dipenuhi ramai pengembala lelaki. Malah, Kedua-dua anak gadis ini tidak ke hadapan dan berebut2 untuk mengambil air sebaliknya terus di belakang lelaki-lelaki pengembala tersebut.
Subhanallah lihatlah! Setelah Nabi Musa membantu mengambil air buat kedua gadis tersebut beliau terus menuju ke tempat berteduhnya. Lihatlah sikap malu N.Musa terus sahaja ke tempat berteduhnya dan beliau tidak berkata pun "saya selalu di sini setiap hari....nanti boleh jumpa lagi...." aha!!
Begitu juga sikap malu yang ditunjukkan salah seorang gadis tersebut ketika berjumpa dengan musa untuk menyatakan hajat ayahnya menjemput Musa ke rumah. Selayaknya sikap malu-malu inilah yang patut ada pada seorang gadis dan bukan dalam keadaan menggoda, berlenggang lenggok ke arah lelaki. Dia juga menyampaikan tujuannya dengan kata-kata yang singkat namun difahami dan tidak memanjangkan percakapannya.
Saudaraku, belajarlah dari kisah Musa sehinggakan anak gadis tersebut mencadangkan kepada ayahnya untuk dijadikan N.Musa sbg pekerja. dia berkata " sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai"
Bagaimana gadis tersebut tahu bahawa Musa a.s orang yang boleh dipercayai?? Jawapannya adalah pada sikap amanah N.Musa dalam berinteraksi yang selayaknya dipelajari oleh kaum lelaki. N.Musa amanah dalam berbicara dengan wanita.Beliau menjaga pandangannya dan percakapannya. N.Musa terus bertanyakan jika gadis2 tersebut perlukan bantuan. Beliau tidak melanjut2kan percakapannya hingga berlaku 'tarikan' antara lelaki dan wanita. N.Musa tidak menyelitkan percakapannya dengan perkara2 yang tidak patut. N.Musa tidak 'MENGORAT' gadis2 tersebut. N.Musa tidak memanjangkan pun perbualan mereka.
Nah.. Beginilah selayaknya para pemuda dan wanita berinteraksi.Lelaki dan wanita perlulah sama-sama menjaga amanah dalam berinteraksii. InshaAllah win-win situation. Sama-sama dapat memelihara diri.
Fahamilah kisah N.Musa, fahamilah pesanan ini..InsyaAllah mudah2an anda semakin jelas! :')
Kesimpulannya,
hubungan antara lelaki dan wanita adalah harus dengan syarat tidak berlebihan
sebagaimana disebutkan di atas. Secara amnya, kita sendiri perlu bertanya diri
kita; kenapa kita memilih si fulan (lelaki/wanita) untuk berurusan dengannnya.
Adakah kerana keperluan atau kebetulan atau ada niat lain di sebaliknya. Namun
begitu, apa pun niat kita, selagi tidak berlebihan seperti di atas, tidaklah
kita memasuki daerah haram. Cuma kita perlu menjaga hati kita agar sentiasa
bersih dan tidak terjebak ke dalam yang haram di masa depan.
Rujukan :Semulia Akhlak Nabi oleh Ustaz Amru Muhammad Hilmi Khalid (Iskandariyah Mesir) & Tafsir Fi Zilal surah Al-Qasas ayat 23-26.-FNN 8/12/2012-
وَ السَّلاَمُ
The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥
Ulasan