Wanita bertudung dan freehair.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum
Satu saya terbaca dengan sengaja di Solusi, lagi satu di blog ‘Bayyinat’ saudara Iqbal Syarie punya blog. Dua-dua merencanakan hal ‘siapakah yang baik?’. Antara wanita bertudung dan freehair. Secara jelas bertudung itu lebih baik kan. Bagaimana pula bertudung tapi berhati busuk dan si freehair pula lebih beradab dan berakhlak.
A : “Hati dah busuk, confirmlah tak baik!”
B : “Freehair tu dosa, baik macam mana pun tetap dosa”
A : “Semua orang berdosalah… tapi Allah tengok hati bukan pakaian?”
B : ”Kalau hati baik tapi tak ikut perintah Allah, baik ke tu hah!”
Ok. Berhenti argue. Soalan kontroversi ini perlu berhati-hati untuk dijawab.
Kena twist otak ini sampai kering dan di perah dalam mangkuk ketakwaan.
Baca baik-baik tau.
----------------------------------------------
Berbicara tentang baik ada banyak segi dan aspek kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada orang baik dari segi itu ini ada orang tidak. Namun kalau ukuran itu tentang baik keseluruhan. Mampukah kita mengukurnya? Lagi satu, buat apa?
Siapa kita untuk menilai siapa baik dan siapa tidak? Nilaian seorang hamba itu hanya ada pandangan Sang Pencipta. Kerna nilaian sebenar ada di hati, bukan apa yang menjadi covermanusia. Amalan, pakaian, peribadi itu semua cover, seperti kata quote ini, don’t judge a book by it’s cover.
Ada orang memang nampak baik pakaiannya, adab dan akhlaknya tapi hatinya siapa tahu. Ada orang juga nampak kasar, cakap tak sayang mulut, jiwa dingin tapi hati dia baik dan apa yang dia buat itu kerana niat yang baik. Kita tak tahu. Andai orang itu memang baik pun belum tentu takdirnya di Syurga. Vice Versa juga.
Andai ada jawapan pun siapa yang baik, tiada jawapan yang muktamad. Persoalan ini tetap akan bermain di minda kita yang tidak senang dengan isu ini. Saudara dan saudari, padahal hati kita ini yang tidak betul dan harus dibaiki. Bersangka baiklah. Setiap orang ada baiknya tersendiri. Semuanya sama sahaja.
Namun sebagai daie, kita ada peranan untuk menangani isu ini. Sebagai penyeru yang aula bukan siapa lebih baik tetapi dua-dua perlu menjadi lebih baik. Isu yang sebenar adalah berkaitan dengan akhlak. Seorang yang bertudung labuh tidak molek bercakap kasar, tidak indah bermulut pedas. Imej bertudung membawa imej Islam, takut timbul fitnah(sekatan dakwah)
Bagi si freehair pula, alangkah lebih bersinar adab sopan dan akhlak itu andai kewajiban Allah ditunaikan sekali. Majoriti wanita rambut terbuka ini pernah bersentuhan dengan lelaki, fesyen pakaian tidak menutup aurat yang lain. Sebaik mana pon, kehormatan anda tetap tidak mencapai nilai yang sebenar. Harga diri anda lebih mahal dari itu masih tidak capai tahap baik.
Ada dua hubungan kita perlu jaga, dalam amalan iaitu habluminallah wa habluminannas. Ada orang menjaga hubungan dengan Allah tapi tidak dengan manusia. Dan begitu sebaliknya, ada yang baik dengan manusia dan menyangka baik dengan manusia itu sudah baik dengan Allah. Tidak semestinya. Namun saya nak bawa dua cerita daripada hadis.
Suatu hari sahabat bertanya pada Rasulullah SAW, "Bagaimana pendapatmu tentang wanita yang solat malam dan beribadah bersungguh-sungguh tetapi mulutnya suka menyakiti jiran" Rasulullah SAW menjawab, "Tiada kebaikan baginya dan neraka tempat baginya"
Lagi satu, tahukah kisah zaman dulu ada seorang pelacurr yang masuk Syurga hanya kerana belas kasihan dia pada seekor anjing yang kehausan dan wanita itu memberi anjing itu minum. Subhanallah.
Kesimpulannya, Allah suka dan sayang kepada hambanya yang berkasih sayang sesama makhluk. Itu memang pasti. Namun ia perlu disulam dengan keikhlasan. Sesungguhnya Cinta itulah yang mengundang rahmat Allah yang Maha Ar-Rahman!!
وَ السَّلاَمُ
The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥
Ulasan