Eh, Aku Couple Ke?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum


Eh, aku couple ke? 

Lah, tak faham eih? Okay. Ana bagi contoh situasi.  

Bedah ni budak baik. Solat tak tinggal. Al-Kahf dan Al-Mulk tak pernah lupa dibaca. Si Mat pula lelaki baik juga. Puasa tak pernah ponteng. Rukun iman dan islam dia tahu. Si Bedah dan si Mat kenal sejak di kampus. Fulamak! Budak baik siapa tak nak. So, si Mat ni pun usha si Bedah dengan cara 'islamik'. Mat minta nombor telefon Bedah dari roommate Bedah. Apalagi, Mat pun sms Bedah dengan ayat-ayat islamik. Semakin lama, hubungan Bedah dan Mat makin rapat. Amboi, rapat kemain. Tapi dalam sms saja. Kalau bersua, pasti sama-sama tertunduk malu konon. Fuh! Dalam sms, kemain mesra lebih-lebih. Sepanjang Bedah dan Mat berhubung, hubungan mereka tak pernah di iktiraf sebagai couple. Pada satu hari, roommate Bedah terbaca sms Bedah dengan Mat. Fuh. Mesra habis. Roommate Bedah tanya Bedah apa hubungan Bedah dengan Mat. Tapi Bedah kata, dia dengan Mat bukannya couple pun. Sekadar sms saja. Tak pernah dating. Kalau ber'sms' pun, guna enta enti. Ingatkan jangan lupa solat subuh and bla bla bla. 

Okay. 
Macam tu lah situasinya. Agak-agaklah kan. 

Allah redha tak hubungan macam tu? Of course tak! Ana bukan nak judge orang. Tapi inilah hakikatnya. 

Tiada istilah Couple Islamik okay sayangku?

Bebudak zaman sekarang suka halalkan benda yang haram ikut suka hati dia tanpa fikir dosa pahala. Kononnya, selagi dengan cara islamik, tak berdosalah. Semuanya betul.

Ewah. Jangan lupa! Zina hati itu wujud.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra' 17:32)


Yang ana sedihnya, daie pun terlibat sama. Terleka, tertipu dengan couple islamik. Mak aih!

Ana tak tahu nak kata apa. Ayuh, daie! JANGAN TERTIPU. 

Ummah perlukan kau. Jangan leka. Jangan dengar kata nafsu. 

Bak kata ana, jalan indah ke neraka. Jalan hambar ke syurga. 

Maksudnya, orang nak masuk neraka ni senang. Hiburan melebih. 

Jalan ke syurga? Penuh dengan liku-liku, bergunung-ganang, berlopak-lopak, dan macam-macam lagi lah. 

Tapi, tengoklah pada akhirnya. Jalan yang hambar itu terhias indah pada penghujungnya. 

Jalan ke neraka yang kononnya indah itu terbakar dimamah api neraka pada penghujungnya. 

Please. Kita dah matang untuk bezakan semua ini.

Fikirlah. Gunalah kata iman. Bukan kata nafsu.

Wallahu'alam.

Ingat! setiap langkah kita niat semata-mata kerana Allah SWT. Yuk betulkan kembali niat kita.

Perubahan kita, Ibadah kita, Ilmu yang kita kongsi kerana siapa?
KERANA ALLAH SWT !

Kata-kata ini peringatan buat semua ummah dan diri ana sendiri.

Doakan ana semoga terus Istiqomah dalam meraih RedhaNya.
Amin ya rabbal 'alamin



وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular