WAS-WAS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum


Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.

Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was
atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.

Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.

Firman Allah SWT : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia, yang menguasai sekelian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Wallahu 'alam.


وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular