al-Quran ;)

Di sini ada beberapa perkara yang
perlu dipelihara ketika membaca al-Quran
supaya maksud tarbiyah melalui bacaan
dapat dicapai oleh pembaca:

Adab secara batiniah ~
* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.
* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.
* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.
* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas.
* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.
* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.

Adab secara lahiriah ~
* Hati kita hendaklah penuh keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.
* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya.
* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.
* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.


p/s :: Ya ALLAH,jdkan aku wanita yg solehah...yg baik di antara yg terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...dlm mndptkan ssuatu yang terbaik dariMu...amin ya rabbal a'lamin ^_^

Ulasan

amiraizuddin berkata…
setuju...
sesungguhnya Mukjizat terbesar yg diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W amat suci dan penuh dengan keberkatan

Wuduk dan pembacaan yg bertajwib serta penuh tawaduk amat ditekankan untuk mmperoleh kemanisan ketika membaca Al-Quran..Wallahualam..:)
DLaAMaya22 berkata…
setuju jgk.. ;)
insyaAllah,smoga kte sme2 mmprolehi kemanisan ketika membaca,menghayati n memahami isi d'dlm Al - Quran itu sndri....subhanaAllah ^_^

Catatan Popular