"Saya Nak Kahwin".. ♥

MAK ABAH.. "Saya Nak Kahwin".. ♥

Mak abah, saya nak kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Mak abah, saya nak kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Mak abah saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Mak abah, saya nak kahwin. Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak abah, saya nak kahwin.. Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Mak abah, saya nak kahwin. Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Mak abah, saya nak kahwin. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

 

Mak abah, saya nak kahwin.. Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Mak abah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula

Mak abah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

Mak abah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Mak abah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Mak abah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Mak abah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
 
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin.. ♥

Ulasan

hamba ALLAH berkata…
saya nk mohon pendapt.... adik saya sangt muda... bru belasn.. sekolah menengh belum habis.. tetapi ader seorg lelaki yg baik disekolah dia.. baru habis spm.. lelaki itu meminang adk sy melalui telefon.. adk sy masih tidk tahu ape2 dn dia hanya memmbalas mesej lelaki itu... lelaki itu sangt serius ingin jadikan adk sy isteri dia lagipum lelaki itu boleh dikatakan baik dn ada ilmu agama.. tetapi bg sy mereka mesej benda yg penting tp terselit juga gurauan dn sebagainya yang melalaikan.. adk sy bagitahu yg mereka sudh bertung tp putus tunang dn jd kwan shj kerana lelaki itu tidk mahu adk sy rasa terpksa menerima dia.. adk sy tidk tahu dia ade ataupum tidk perasaan kpd lelaki itu.. lgpum adk sy sendiri ingin berhenti bermesej dengn lelaki itu.. tetapi adk sy tidk berani berterus terang.. mohon pendapat anti..

Catatan Popular