Biar Simple Asalkan AWESOME! :'D

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ..

Catatan & penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin Ya Rabbal'alamin

tunjukkan wajah bahagia

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria."
(Riwayat Imam Muslim)

kalau kawan reply komen facebook, message, tweet tanpe sebarang bentuk smiley pun kita da ingat dia moody. Ohho. betapa besarnye impak senyuman biarpun smiley katon. hidupkan suasana senyuman di kawasan persekitaran anda =)

berjabat tangan

Hadis Nabi s.a.w bermaksud:
"Tidak ada 2 orang Muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah."
(Riwayat Imam Abu Daud)


lelaki & perempuan yang bukan mahram dikecualikan untuk berjabat tangan dengan meriahnya melainkan kalau dah kawin.
yang dah kawin takpe sebab Allah ada peruntukkan special pahala & pengguguran dosa bagi mereka yang dah berkahwin ;D

ungkapkan rasa cinta

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya."
(Riwayat Imam Abu Daud & Al-Tirmizi, hadis sahih)


jangan lokek nak bagitau ibu, ayah, isteri, suami, cikgu-cikgu, adik-adik, kawan-kawan yang kita cintakan dia, sayangkan dia kerana Allah. tak rugi. malu-malu, kalau terlambat?
cube bayangkan di suatu saat kita tengah sedih, keseorangan, ada problems. tibe-tibe hp berbunyi.


"Eh, ada message la!! Da lama tak dapat message!"
Inbox: I Love you for the sake of Allah =)

saling memaafkan orang lain

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar & memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)."
(Surah al-Syura, 42: 43)

siapa yang sepanjang kehidupan dia kat atas dunia ni
tak pernah buat salah? tak pernah lupe?
sebab tu Allah hadiahkan solat taubat bagi kita si pendosa.
berapa ramai hamba Allah yang melakukan dosa termasuk saya setiap hari?
Allah maafkan juge walaupun kita asyik ulang, ulang & ulang.
tapi lain pulak ceqitenye kita sesame manusia.

situasi di rumah: si isteri lambat siap 5 minit nak p kenduri kawen, si suami dalam kete dok hon memanjang. si isteri masuk kete, si suami sudahnye bermasam muke tak ke sudah.

situasi di sekolah: si Ahmad terpijak kasut si Muhammad yang baru, putih lagi bergaye tyme sedang berasak-asak & berebut-rebut di kantin hanya kerana sekeping pisang goreng. kesudahannya, seminggu tak bertegur.

situasi jiran tetangga: si Siti sedang asyik sapu menyapu di laman rumahnya sehingga tak sedar ada habuk & sampah yang terbang melayang ke rumah si Nurul. kesudahan yang sama. tak bertegur sapa untuk beberapa ketika.

npe ye gini?

saling membantu

Dalam Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia & di akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia & di akhirat. dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya."
(Riwayat Imam Muslim)


kenapa mengharapkan pemberian jika kita lokek untuk memberi? untuk menerima sesuatu, berilah sesuatu. Allah dah janji buat hamba hamba-Nya, takkan berkurang apa yang ada pada kita jika kita memberi. Allah akan tambahkan melalui cara yang lain. Allah akan bantu dengan cara yang lain. Allah akan mudahkan dalam situasi yang lain. Cara yang tidak disangka-sangka. Cume kita je tak perasan Allah sudahpun balas kebaikan kita =)

saling berkunjung

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis kudsi yang bermaksud:
"Allah SWT berfirman:
'Pasti akan mendapat cinta-Ku orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling brekunjung kerana Aku & saling memberi kerana Aku.'"
(Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta')

bukan hari raya je hari untuk kunjung-mengunjung. setiap hari pun boleh. tapi bukan setiap masa. haha. bayangkan kalau hari raye setahun sekali je baru kita nak berpusu-pusu, berbondong-bondong, berasak asak nak p melawat rakan taulan, saudara mara kita,
dengar dengar Allah dah jemput dia dulu. last jumpa, setahun yang lepas. dah terlambat. rajin rajinkan  tanya kabar kenalan kita dari seluruh pelusuk dunia ;D

saling memberi hadiah

Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta & menghilangkan kekotoran hati."
(Riwayat Imam al-Tabrani)

walau sekecil-kecil, semurah-murah pemberian, si penerima akan menghargai sebaik yang mungkin. kadang-kadang si pemberi bagi coklat M&M, si penerima simpan bungkusan tu siap simpan dalam diary lagi. kadang-kadang si pemberi bagi pencil 2B sempena nak menyambut 'kemeriahan' exam. si penerima tak gune pun. si penerima simpan dalam laci dengan penuh cermat. betapa si penerima menghargai pemberian si pemberi. agak hebat penangan pemberian hadiah kepada orang lain =)

menyebarkan salam

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Demi Zat yang diriku di tangannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."
(Riwayat Imam Abu Daud)

bile lalu kat tepi-tepi jalan, ringankan hati, ringankan bibir untuk bagi salam kat pakcik makcik (untuk didikan diri saya sendiri juge). insyaAllah, dalam hati pakcik makcik tu, berbunga-bunga kebahagian. tersenyum senyum tak sangka ada lagi remaja remaja yang bersopan santun lagi berbudi bahasa. ini tak. yang lumbe motor tu, disembur sembur asap motor kepada mereka yang berjalan kaki..

mendoakan orang yang bersin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Jika salah seorang daripada kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) & saudaranya atau orang yang bersamanya (yang mendengar) mengatakan kepadanya Yarhamkallah (Lelaki) / Yarhamkillah (Perempuan) (semoga Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu). Jika salah seorang mengucapkan Yarhamkallah/Yarhamkillah, maka orang yang bersin tersebut hendaklah menjawab Yahdiikumullah wa yuslihu baalikum (semoga Allah SWT memberikan petunjuk & memperbaiki keadaanmu).'"
( Riwayat Imam Abu Hurairah)

Pernah satu ketika, si penulis terbersin agak 'kuat' dalam kelas.
Hahaacccchum! Alhamdulillah..
Malunye tiada siapa yang tahu. Dalam menahan malu yang agak dasyat, terdengar suatu suara,
"Yarhamkillah.."

Allah. Hanya Allah yang tahu rasa kebahagian bile kita tahu ada orang yang mendoakan kebaikan untuk kita. tampak simple tapi impaknya sangat hebak!
Dan hamba Allah yang mendoakan buat saya itu adalah lecturer saya sendiri. Lecturer dari Sudan. Baik sungguh akhlaknya. Moga Allah mempermudah urusannya hingga ke syurga. Amiin.

Tak susah mendoakan kebahagian buat orang lain. Tak rugi. Harta tak berkurang. Malah malaikat juga turut mendoakan untuk kita sebagaimana kita mendoakan untuk mereka yang lain juge.

Rujukan: Solusi Isu 33
*Artikel serba sedikit telah diolah, diedit & digubah oleh blogger.

The Beauty of Islam.
Lets mengislahkan Diri! =)

Ulasan

Catatan Popular