Solat Sunat LailatulQadar :')

Pada malam Lailatul Qadar disunat dan digalakkan meraih waktu mustajab ini dengan memperbanyakkan doa. Walau bagaimanapun, diharuskan mendirikan Solat Sunat Lailatul Qadar, apabila dirasakan telah tibanya ‘Lailatul Qadar’ iaitu sesudah selesai membaca segala doa yang disarankan.


Solat ini adalah sebagai tanda syukur seorang hamba kepada Yang Maha Khalik, disamping memohon untuk mendapatkan keredhaan dan syurga-Nya.

Cara Melaksanakan Solat Lailatul Qadar
Solat Sunat Lailatul Qadar dilakukan sebanyak empat rakaat dengan satu salam, sepertimana solat Zohor atau Isyak, cuma berbeza pada niatnya sahaja.

1.    Niatnya: 

2.    Pada setiap rakaat selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca surah:
  1. Al-Takatsur    1  kali
  2. Al-Ikhlas       3  kali.
3.   Selepas memberi salam baca doa;


Rasulullah SAW bersabda: Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredhaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

p/s: Semoga kita dpt bertemua dgn LailatulQadar, byk2lah memohon keampuanan dan beribadah kpdNya dan lakukan Qiamullai.. Jgn lepaskan peluang ini... :'(

Ulasan

Catatan Popular