Boikot?? Sunnah ke eih??


بسم الله الرحمن الرحيم 

 Assalamualaikum

" Ceh, Gelabah Gila ! Boikot Bukan Sunnah Pun nak ikut-ikut ! " 

Ya ka? Kalau Macam tu mai Kita Lihat Statement Dr Hafidzi Mohd Noor berkaitan Boikot ni sunnah ka dak.

" Boikot bukan sunnah? Ini sandarannya Apabila Nabi SAW mengetahui hasrat Yahudi Bani Nadzir (memerangi Islam) dan baginda bimbangkan kejahatan dan kemudharatan mereka, dan mereka juga telah merungkaikan (mengkhianati) perjanjian. Nabi memboikot mereka dan memulau perkampungan mereka. Baginda telah memulau perkampungan Yahudi Bani Nadzir dan memboikot mereka, baginda juga menebang pokok-pokok yang ada di perkampungan Yahudi termasuk pokok kurma mereka. 

Dan pemulauan Nabi SAW terhadap Yahudi ini berterusan sehinggalah mereka menyerah kalah dan meminta dibiarkan mereka keluar dari Madinah. Imam Muslim telah meriwayatkan kisah ini di dalam kitab Sahihnya. Oleh yang demikian apabila mereka mengkhianati janji, Nabi SAW melakukan pemulauan terhadap mereka, menebang dan membakar pohon-pohon tamar kepunyaan mereka. 
Lantaran itu mereka menghantar utusan kepada Nabi SAW dan menyatakan mereka akan keluar dari Madinah. Maka baginda menundukkan mereka dengan peperangan/serangan ekonomi. "

Bersempena peristiwa ini turunnya ayat al-Quran: 

Maksudnya: "Apa sahaja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka semua itu adalah dengan izin Allah kerana dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik." (Surah al-Hasyr: 5)
Sesungguhnya tindakan boikot dan merosakkan tanaman dan kurma mereka yang merupakan tulang belakang kekuatan ekonomi mereka, merupakan kaedah yang paling utama untuk memberi tekanan kepada mereka dan menundukkan mereka dan mengeluarkan mereka dari Madinah. 


Wallahualam :')


والسلام 

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥


Ulasan

Catatan Popular