Pray for Gaza.....
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Allahurabbi, Awal Muharram telah dimulakan dengan serangan Israel ke atas Palestine..
YaAllah, Lindungi mereka di sana..
Ana tido lena je di sini.. Sakit yg diuji hanyalah sebesar kuman jika nak dibandingkan dgn sakit mereka..
Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza
telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar
berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?
Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, insya Allah.Apapun peristiwa ini menuntut kita semua untuk:
(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid dan melupakan semua perbezaan furuk dan cabang.
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral.
(d) Memperkasakan da'wah dan tarbiyah agar dalam jangka masa panjang kita berjaya halang kekejaman ini secara permenant.
Doa:
"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."
"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."
"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."
Semoga Allah memperkenankan doa kita. InsyaAllah. Wallahua'lam.
والسلام
The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥
Ulasan