Jerawat vs Bintik Hitam


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

---------------------------------------------------------------
Jerawat vs Bintik hitam? Huhu

Ya, muka ana memang penuh jerawat. 
Tak puteh gebu macam yang lain. Huhu
Dulu selalu jugak pk, macam mana 
nak puteh ni, nak kulit licin.
Abah pernah ckp:
"alaa along, depa tu memang dari asal jenis kulit macam tu dah. Ikut keturunan."
Ya, memang betul. Diorg kdg2 tak perlu pakai apa pun 
kulit dah memang cantek.
Yang kita pulak nak jadi macam diorg memang takkk la kan. Hehe

Semakin hari, semakin kurang ana pk kan semua ni.
Tapi jauh di sudut hati, siapa tak nak cantek.
Tapi, bukan lah sampai pakai itu ini,
suppliment itu ini.
Bukankah wudhuk jalan yang terbaek?
Jika ana pakai macam2 produk sekali pon, tapi Solat tak jaga.
Bermakna lagikah jika muka ana bertukar menjadi
kulit licin dan puteh gebu????

---------------------------------------------------------------
Cermin oh Cermin

Tiap kali ana lihat cermin, 1st tgk muka..
N'then ckp: "eeee, byknyaaa jerawat"

Astaghfirullah, N'then pujuk hati balek
"takpa takpa, ni kan Allah jgk yg jadi kan.. dah cukup cantek dah ni"


N'then ckp lagi
"apalah sgt jerawat kat muka ku ni jika dibandingkan BINTIK HITAM yg penuh di HATI"

N'then bukan ckp lagi dah
Tapi, ayiaq mata mulaaaa mcm paip bocor... :'(

Berusahakah ana menghilangkan BINTIK HITAM itu
bersungguh2 seperti mana ingin menghilangkan
jerawat di muka ana itu..

Sekarang, tiap kali ana lakukan sesuatu, everysecond ana jadi takut..
Betul ke ana buat ni? Allah redha ke? Itu perintah Dia tak?
Ana de langgar perintah Dia ke? De buat larangan Dia ke?

Ya Allah, sudah terlalu byk BINTIK HITAM di hati ana ini
Jadi perlu ke ana TaMbaHkan lagi kan????

Astaghfirullah..... :'(


Sabda Rasulullah SAW,"Sesiapa yang melakukan satu dosa , maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam ,sekiranya dia bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu pada hatinya. Jika dia tidak bertaubat , maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam" -HR Ibnu Majah

Setiap kali baca tafsiran Surah Al-Waqiah....
Pasti akan terasa hinanya diri ini, daifnya....

Layakkah ana di SyurgaNya???? :'(

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(Surah Al-Waaqi'ah 56:12)

Di sini korang suma dpt baca semua tafsiran Al-Quran..
Tafsiran Al-Quran

Apalah sangat dgn dunia ini berbanding di Akhirat SANA...
Dunia hanya persinggahan utk kita bagi kumpul 
amalan sebanyak mungkin utk ke SyurgaNya dan mendptkan redhaNya...

Sabda Rasulullah SAW, "Setiap anak adam melakukan kesalahan , dan sebaik - baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat ." ( HR Bukhari ) 

Kenapa perlu lalai dgn perkara lain???
Dgn hiburan?? Lagu yg tiada faedah.. Nyanyi tak abis2..
Tgk wayang cerita yg langsung tak beri faedah, tiada unsur Agama..
Keluar jalan2 tanpa membawa faedah, melainkan betul2 beriadah..
dan banyak lagi perkara yang melalaikan sebenarnya,
tambah2 di alam maya...
Mengapa perlu buang masa lagi???
Bukankah dunia ni hanya SEKEJAP sajaaa... Huhu

Ingat, siapa sangka SESAAT selepas ni kita akan kembali kpdNya...
JANGAN BUANG MASA!!! :'(

Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.” Tanya sahabat, “Ya Rasulullah, apakah pembersihnya? Sabda Baginda, “Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.” [ Hadith Riwayat Al-Baihaqi]. 

Asif jidaan, setiap kata2 ana di atas adalah
memberi kekuatan dan nasihat buat diri ana sendiri yang
penuh bergelombang dgn Dosa :'(

Yuk sama-sama kita bersihkan hati kita dgn perbanyakkan istighfar, taubat dan amalan-amalan soleh.

Firman Allah SWT dalam surah As-Syams

"Dan Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sungguh berjayalah orang yang membersihkan jiwa itu, dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya." [Surah AS-Syam: 8-10]

وَ السَّلاَمُ

The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular