Bersihkan Hati dan Minda Anda !

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti yg ku sayangi, kita kan saudara. Apa khabar Iman anda semua ^^



Mari kita lihat apa yg sedang berlaku diluar sana yg kdg2 kita tak sedar kita jgk begini bukan?

Kalo pakai tudung. Baik.
Kalo free hair. Jahat.
Orang pantai timur. Alim-alim.
Bdk2 KL. Sosial bangat.
Yg petah berkata. Dikata bijak.
Yg diam saja. Tidak ada idea.
Berhujah bab agama. Dikata arif.
Kadang-kala. Dicop ustazah, ustaz.
atau lebih tinggi. Ulama'
Tak berani hujah. Dicop jahil.
Manusia mulut jahat, Di anggap hati juga busuk.
Manusia luaran sopan. Fikir hati dalamnya juga baik.

Apa lagi yg nak dikata? Mudah saja jatuhkan hukuman dan penilaian tanpa usul periksa. ?


Kita semua sama di sisiNYA. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur... Cuba kita sama-sama renungkan...

Melalui kehidupan yang lepas, biarlah kita jadikan semua kesilapan dan kekhilafan kita sebagai pengajaran dan tarbiyah agar kita lebih baik di masa sekarang dan masa akan datang! InsyaALLAH. Yang penting, jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif... Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. InsyaAllah, hati kita akan tenang... Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui... Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita...

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).

Sementara itu dalam kehidupan kita memang tidak dinafikan pasti akan menemui manusia yang memang sikapnya akan memandang rendah insan lain. Biarlah.. kerana, suatu hari nanti dia pasti sedar dari kesilapannya! Kita doakan sahaja. Semoga dia diberi hidayah Allah. InsyaAllah..

Renung-renungkan semua. Salam Muhasabah dan istiqamah dalam kebaikan! Allah humma amin....

"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya" Surah Al-Isra' ayat 27.

Renungan buat kita semua...
Mari kita tajamkan mata hati dengan alunan zikrullah dan bacaan ayat-ayat cinta suci FirmanNya.... 
Wallahualam..
 
p/s: gmbq xdak kena mengena kan? tp comey sgt, geqam tu sja letak jgk :P wekkk

Ulasan

Catatan Popular