Malaikat tidak akan datang lagi kejutkan kita ?

Assalamualaikum ya ukhti ya akhi ^^
Yuk kuatkan diri bangun qiyam. Jgn biarkn tidur malam kita terlalu lena sedangkan kita terlepas waktu-waktu Indah untuk bertemu@Dating Allah SWT. Moga Allah SWT beri kekuatan pada kita.
Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah SWT. Allah SWT kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah SWT. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah SWT, kemudian tidurlah. "kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucap apa-apa (cthnya beristighfar, bertahmid, dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun bergitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi kejutkan kita."

Allah Swt sayangkan kita, 3/4 malam Dia panggil kita. Marilah marilah, bertaubatlah bertaubatlah, Aku nak ampunkan dosa-dosa kamu. Marilah marilah, istighfarlah istighfarlah, Aku nak makbulkan segala doa kamu. Subhanallah, sayangnya Dia kepada kita. Tapi sayang, kita ketika itu mungkin sedang tidur nyenyak di atas katil. Tunaikanlah Solat Sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat, tidak pun istighfarlah kemudian hendak tidur semula tidur lah.

p/s: Segala pesanan & teguran daripada saya adalah peringatan dan teguran buat diri sendiri juga. Semoga kita sentiasa beristiqomah sahabat yang saya kasihi sayangi Lillah ^^


Ulasan

Catatan Popular