Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia!

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti, selamat petang ^^

Azan adalah kalimah Allah yang harmoni yang melutupi alam cakrawala.
 
Azan merupakan kumpulan perkataan yangterkandung dalamnya suatu bimbingan,ajakan dan pedoman kepada kita(taqwa).

Azan merupakan nadi dan jantung kepada kehidupan kita.

Azan menunjukkan kehebatan dan kebesaran Allah SWT dan kehebatan pemimpin ummah iaitu Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat 1 yang diterjemahkan:

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Jumu'ah,62:1)

Azan bermula pada zaman Rasullulah SAW dan orang yang pertama melaungkan azan ialah `Bilal bin Rabah’.

>>>> Perkataan dalam azan mengikut sejarah Rasullulah S.AW ialah didatangi dalam mimpi seorang sahabat Rasullulah SAW yang bernama Abdullah bin Zaid dan Ibnu Umar al-Khattab r.a juga bermimpi yang sama.Ucapan azan yang sama sampai ke hari dan seterusnya sehingga kiamat.

Azan disyariatkan untuk menunaikan solat,kelahiran bayi,ketika jemaah pergi ke mekkah(menunaikan umrah dan haji), ketika bencana alam,dan sebagainya.

Antara kehebatan azan :
1. Dapat memulihkan anak yang degil.
2. Merawat orang dirasuk hantu(syaitan).
3. Mengurangkan stress dan nilai-nilai negetif.
4. Menghalau gangguan syaitan dalam rumah.
5. Azan dapat menstabilkan gelombang dunia yang dipenuhi gelombang beta dan lain-lain.

Setiap hari kita mendengar laungan azan berkumandang lima kali yang menandakan masuknya waktu solat. dalam azan kita diseru agar mencapai kebahagian dunia dan akhirat (al-Falah). kita juga digalakkan untuk mengerjakan solat berjemaah di masjid kerana pahala yang dijanjikan Allah adalah lebih tinggi dari solat bersendirian.

>>>> Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat. Ribuan bilal akan melaungkan azan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit kemudian.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya di lain-lain tempat di dunia yang berlainan waktu.

Proses laungan azan berterusan di seluruh dunia tidak putus-putus kecuali kiamat.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad saw setiap detik, sepanjang waktu.(bayangkan)

Laungan azan mengeluarkan gelombang treta, dapat merendahkan gelombang dunia (gelombang beta).
  • Solat diawal waktu dapat merendahkan gelombang beta kita.(khusyuk)
  • Gelombang azan dapat merubah molekul-molekul air,di laut,sungai,kolah surau dan masjid.
  • Cuba hayati azan.(kaedah dari Dr Azhar bin Haji Sarip)

Ulasan

Catatan Popular