Berjabat Tangan di Hari Raya :')

Teringin untuk share Tip sedikit cara-cara yang boleh dibuat untuk berhadapan dengan situasi begini berdasarkan pengalaman sepanjang open house di rumah.
1. Jadi orang pertama menghulur salam 
Cepat-cepat dapatkan mak cik dan golongan perempuan untuk yang perempuan / pak cik dan golongan lelaki untuk yang lelaki

-Perkara ini memang susah juga nak buat kerana jika satu rombongan datang, selalunya yang mengetuai rombongan tersebut adalah lelaki. Bagi lelaki, mudah diurus. Bagi perempuan kita kena guna taktik sikit.
Sebelum pak cik/ abang sepupu/ kawan lelaki sempat hulur tangan mereka, kita cepatkan langkah mendekati mak cik/ saudara perempuan yang lain. lepas tu, cepat-cepat bawa mereka masuk ke rumah. Jangan biarkan ada ruang kita bersendirian kerana boleh saja akan membuka peluang untuk mereka (lelaki) menghulurkan tangan.
Jika perlu, buatlah diri seakan-akan sibuk, agar mereka tiada ruang untuk bersalaman dengan kita.
2. Cari piring/ gelas yang kotor bawa ke dapur dan basuh
- Kadang- kadang cara pertama tidak sesuai dengan kita atau walau kita rancang namun tetap tidak berkesan. Maka, perlu juga bagi kita plan B. Jika kita rasa kita tak cukup kuat untuk lakukan strategi nombor 1, maka, gunakanlah cara lain iaitu cepat-cepat cari piring/gelas kotor untuk dibasuh.
Sekiranya tidak ada yang kotor pun, bawa ja ke dapur. Nampakkan diri kita sibuk. Sekiranya mereka datang untuk bersalam, katakanlah tangan kita bersabun dan kita nak basuh piring/gelas dulu. Mudah-mudahan dengan cara itu, mereka akan akur dan niat bersalam mungkin tidak kesampaian kerana mereka sibuk menjamu selera selepas tu.
3. Bagi alasan kita ada wudhu dan nak sembahyang
- Rasanya, cara ni pun susah nak buat sebab nanti mesti mereka kata kita boleh ambil wudhu lagi. Tapi dalam hal ni kita kena tegas. memang perlu untuk kita menghormati orang yang lebih tua. Apalagi jarang berjumpa, pasti mereka rasa kecil hati kalau kita menolak terang-terangan.
Apapun, kita kena balik pada hukum Allah. Pada yang haram tetap kekal pada hukumnya selagi mana tiada yang menghalalkan. Oleh tu, cuba saja menggunakan cara ini dengan senyuman yang lebar di bibir dan tidak menunjukkan sebarang reaksi yang kurang selesa. kalau mereka mempertikaikan lagi, kita cepat-cepat minta untuk beredar dari sana dengan alasan kita nak solat dulu sebab takut lebih lama kita berdebat, silap haribulan timbulnya pergaduhan.
4. Minta bantuan adik/ kakak/ abang
- Cara ni kena minta persetujuan kedua-dua pihak. sebelum tetamu datang, berbincang dengan adik beradik yang lain. Bagi adik lelaki atau abang, kita boleh minta mereka untuk bersalam dengan para lelaki. Dan kita pula akan bersalam dengan yang tetamu perempuan sahaja.
Dengan cara ini,  kita hendaklah lebih peka. Jika kita nampak sahaja ada kawan perempuan yang mula mendekati adik/abang kita, kita cepat-cepat menghulurkan tangan kepada mereka untuk elak mereka menyalam adik/abang kita dan terus membawanya jauh dari adik/abang kita. Demikian juga pada adik/abang kita perlunya kata dalam setiap situasi. Justeru komitmen yang tinggi dalam melakukan cara ini perlu ada agar tidak menimbulkan persepsi 'pelik' daripada para tetamu.
5. Pakai sarung tangan
-Sekiranya kesemua strategi di atas juga tidak  berkesan, pakailah 'sarung tangan pencegah'. Mungkin tetamu akan rasa sedikit pelik, dan rasa janggal tapi kita perlu lakukan untuk elak kulit bersentuh kulit antara yang bukan mahram. Walaubagaimana pun pernah saya pernah membaca, walau dengan memakai sarung tangan, tetap tidak boleh bersalam selagi kita dapat merasa bentuk tangannya. oleh itu, kenalah guna cara yang lain.
6. Jangan tonjolkan diri terlalu kerap
- Bila orang selalu nampak kita, mereka akan rasa nak salam sebab rasa hormat mereka pada tuan rumah. Tapi, kita juga perlu bertanggungjawab atas diri kita. kita nak elak dosa, dan kita harap kita dapat selamatkan mereka juga. oleh itu, bagi yang perempuan jangan terlalu menonjolkan diri pada tetamu lelaki. banyakkan berkumpul dengan tetamu perempuan agar  mereka tidak begitu perasan dengan  kewujudan kita, sekaligus dapat elak risiko dilema menyambut huluran salam mereka.
7. Katakan 'tak nak' dan ucapkan maaf
- Cara ini memang nampak sedikit kurang sopan. Namun lebih baik daripada bersalam untuk elak dosa. Dan dalam masa yang sama kita juga nak selamatkan mereka. Jika kalau cara yang sebelum ini tak boleh pakai, teruskan saja dengan cara ke tujuh. Berterus terang bahawa dan ucapkan maaf  serta terangkan kepada mereka asbab mengapa kita tidak dapat bersalam dengan mereka.
Maklumkan kepada mereka dengan ringkas bahawa perkara tu dilarang dalam agama islam. Bersuaralah dengan berhikmah dengan senyuman namun tetap tegas tanda adanya pendirian. Bukan untuk menyombongkan diri tapi kerana kita takut pada Allah, dan kita tidak mahu melanggar perintahNya.

Sesungguhnya hukum Allah tu bukannya bermusim. kita nak guna alasan 'tak apalah, waktu raya ni saja'.  Alasan sebegini tidak dapat diterima. Cuba kita bayangkan, jika Allah gunakan cara tu ke atas kita macamana? Contohnya Allah bagi kita oksigen percuma waktu siang saja, dan malamnya Allah kenakan cas kalau kita nak dapatkan oksigen, pasti tak adil kan?
Oleh tu, yang haram tetap kekal pada hukumnya. Niat tidak menghalalkan cara dan masa juga keadaan tidak membetulkan yang salah. Nabi Muhammad pun tidak pernah menyentuh tangan mana-mana wanita yang bukan mahram walaupun semasa baiat. Maka mengapa pula kita perlu sentuh wanita/lelaki yang bukan mahram pada waktu raya pula? Bukan hanya waktu raya, hatta setiap masa tetap jangan!
Jaga lah diri kita baik-baik kerana ia adalah amanah Allah. Dengan cara itu Allah akan pelihara kita dan orang di sekeliling kita. Sesiapa yang menjaga hak Allah, maka Allah akan menjaga kita. Bukankah pada diri kita sendiri ada hak Allah yang perlu dijaga?
Dalam Hadits Ma'qil bin Yasar radhyillahu 'anhu, Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda:-
"Andaikata kepala salah seorang diantara kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya" 
(HR Ath-Thobrany dan Al-Baihaqy dan dishohihkan oleh syeikh Al-Albany dalam Ash-Shohihah)

Ulasan

MrsShamsuri berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MrsShamsuri berkata…
akak selalunya bila ada lelaki bukan mahram nak salam angkat tangan kanan (tanda tak nak)dan senyum..In sha Allah mereka akan faham :)

Catatan Popular