Malu 3 in 1

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ^.^

Titipkan perasaan malu itu sentiasa dlm diri kita.. Sentiasa malu dan tunduklah kpdNya, ingatlah bertapa kerdilnya kita disisiNya, segala-gala Dia berikan kpdNya... 'Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan' (Surah Ar-Rahman) segala-galanya di dunia ini Dia pnjamkan kpd kita sbgai hambaNya buat smentara waktu jd jgn BONGKAK, RIAK, ANGKUH, SOMBONG yg apa yg kamu semua miliki skrg sesungguhnya itu semua bkn milik kamu... Sentiasa ingat apa yg kamu miliki skrg bkn milik kamu, ok ? Subhanallah, Alhamdulillah, MasyaAllah, Allahuakbar sygnya Allah kpd kita semua... 

Ingatlah bahawa malu itu jgk sbahagian drp Iman kita... Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi dari Ibnu Umar)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu berperangai malu.” (Hadis riwayat Imam Malik)

Diriwayatkan daripada Abi Sa’id al-Khudri, ia berkata yang maksudnya: “Rasulullah SAW adalah lebih pemalu daripada gadis dalam pingitan. Dan apabila terjadi sesuatu yang tidak disukainya, kami dapat mengenal daripada wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

INTI PATI
Sifat malu mengikut Islam

Manusia harus malu jika mengerjakan kemaksiatan, manusia juga patut berasa malu jika lupa kepada nikmat yang diberikan kepadanya, perasaan malu ini harus dimiliki setiap manusia yang beriman.

Jika perasaan malu tidak ada dalam diri seseorang, maka itu suatu petanda kehancuran bagi manusia itu sendiri sebab hilangnya malu akan menarik pelbagai macam perbuatan maksiat dan kerosakan di muka bumi.

Bagi remaja, malu adalah kunci yang mencegah daripada segala yang merosak akhlak. Sifat itu dapat disemai seseorang apabila selalu bergaul dengan orang beriman, berilmu pengetahuan dan mempunyai budi pekerti yang luhur.

Orang yang memiliki rasa malu akan menyesal apabila melakukan perkara ditegah dan ini menunjukkan hati kecilnya hidup, batinnya suci dan bersih.

Malu itu diwajibkan oleh Islam kerana malu termasuk sebahagian daripada iman, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu itu sebahagian daripada iman.

Islam mengingatkan umatnya supaya memerhatikan rasa malu kerana rasa malu termasuk sebahagian daripada iman, juga menjadi sebab terbentuknya akhlak mulia. Apabila hilang rasa malu akan rosaklah akhlaknya.

Ulasan

Catatan Popular