Tupai..... weee weee ;'D ♥

Assalamualaikum...
Tupai

LIHATLAH TUPAI YANG COMEL !
SUBHANALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA !
INDAHNYA CIPTAAN ALLAH ! 

Mesti korang pelik kan, pe la buang tebiat pompuan sorang ni... entry pasal tupai lak.. haha... saje lerrr.. 

Bermulanya pd suatu ptg, ketika ku ingin membasuh tgn di belakang ofis, ttbe gedebushh! Tupai lari terkejut kte bka pintu agaknya.. Skali seekor tupai yg 'sangat comel' itu ngedap ushaaa je kita... Malu la kte... aumm! aumm! Kte dgn slumbernye 'hey awk! npe awk tgk kte.. malu laa" skaliii die lari 'gedegang' 'gedegung' smbil lari smbil usha kte... Abis lnggar mcm2.. Kte thu kte comel mcm awk tp lari tgk la dpn kn dh trjtuh abis.. ouch ! :'D

Awk comel, naseb baek awk lari laju... Kalau tak kte ligan awk lame dah nak berkenalan dgn awk... hahaha Dah la, melalot aje kan kte ni.. Haa, ni d sbbkan tupai yang 'sangat comel' tadi tu usha kte.. Jadi kte teringat la lagu 'Tupai nyanyian Encik Halim Yazid' ni.. hahaha Ok, Jom! kte cter pasal lagu tu plak.. hohoho ;'D

TUPAI - HALIM YAZID

Ada seko anok tupa,
Atah jula mokte,
Kudung eko, peghuk lapa
Jale caghi make 2x

(Ada seekor anak tupai di atas dahan pokok rambutan.
Ekornya kudung, perutnya lapar. Jalan2 cari makan)



Kejadie tuhe, di pangge namo tupa
Asa nyo dale ute, sejenih mamalia..

(Diciptakan tuhan, diberi nama tupai. Asalnya dr hutan, sejenis mamalia)


Kalu pasa jakkik kot dahe,
Dio lah ye paling handa,
Jatoh jaghe-jaghe,
Keghano dio tok soba..

(Kalau pasal lompat-lompat dr dahan ke dahan, dia lah yg paling terer.
Jarang2 jatuh. Kalau jatuh pun sbb dia tak sabar)



Sepanda-panda tupa meloppak,
Jatuh tannoh jugok,
Nok wi hambak oghe jahak,
Janghe telajok maghoh

(Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
kalau nak tangkap atau kejar org jahat, jgn terlampau marah)



Oghe jame ghitu, pakak hambak tupa
Bimbe ko buoh baghu, takok tok de besa
Hanyo deghie, duku .. kalu de nya keghik tupa,
Pendek taung tu, nyo deghie tok de nok jua

(Org zaman dulu, ramai-ramai kejar tupai. Risaukan kebun,kalau ada buah baru, takut tak sempat besar. Kalau pokok durian ke, duku ke.. kalau dah digigit tupai, tahun tu mesti durian tak boleh nak jual)


Oghe seghabuk, tupa seko
Beghambak aghi-aghi,
Nyo pakak likong, nyo pakak pekong,
Tupa tok leh laghi

(Org serabut dgn tupai seekor. Hari2 berkejar-kejar.
Semua org pakat2 kepung, pakat2 baling dgn batu.. Akhirnya tupai tak boleh lari lagi)



Setakak bede ado, tupa habih mati,
Hokni lah sayo raso, kito sangak ghugi
Kito maknusio, setinggi mano pong kito ngaji,
Nok wak tupa seko tetu skali doh tok jadi

(Sejak ada senapang/ pistol, tupai dah byk mati. Yg ini lah saya rasa, kite sgt rugi. Kite manusia ni, setinggi mana pun kite belajar, kalau nak soh buat tupai sekor, tentu skali tak menjadi)


Loni kapung, atah pagar, jaghe buleh tengok,
Bapok tupa, ibu tupa, jale bawok anok 2x

(Skarang ni, di kampung, kalau kat atas pagar, dah jarang boleh nampak..
bapak tupai, mak tupai jalan bawak anak)



Ghaso sie sunggoh, tengok seko anok tupa,
Keghano telajok kughuh, sapa tok leh nok niti pagar
Bulu-bulu pong habes lughoh, air mato begha-begha,
Maghi dale baghoh, bokali keno ghacung tupa

(Rasa kesian sungguh!.. bila tengok seekor anak tupai.. Disebabkan terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar. Bulu2 di badan pun dah habes luruh,
air mata berlinang-linang. Dtg dr dlm baruh, mungkin dia termakan racun tupai)



PENGAJARAN

1. Tupai seekor mamalia.

2. Kalau nak marah atau nak bengang, marah dan bengang lah kerana ALLAH... [kalau tupai makan buah kte kre marah kpd Allah ke? jawab sendiri] pk blek, nape la aku marah. 

3. Manusia sebagai khalifah Allah kat muka bumi ni. Manusia dikurniakan akal dan itu merupakan satu nikmat. Jadi gunakanlah akal tu dengan baik untuk memakmurkan bumi ini. Bukan untuk menghancurkan bumi ni. Banyak manusia menggunakan akal tanpa berlandaskan wahyu. Itu yang jadi hura hara dunia ni. Alam tercemar, dunia tak aman, manusia lemah ditindas. Ini sume gara-gara sekelompok besar manusia yang terlalu mengikut nafsu serakah dan hidup dgn mentaliti "aku senang cukup, org lain, lantak aaahh !!"

4. Lagu rakyat adalah lebih memberi pengajaran daripada lagu-lagu pop dan rock yang merepek [ade jugak la yg ok... tapi lebih byk yg melalaikan] dan ade jugak yg boleh merosakkan aqidah secara tak langsung. kalau lagu omputeh tu byk la kot. dok puja puja syaitan. kalau lagu melayu : "Tiada lafaz yang lebih agung Kalimah cintamu" . Familiar tak? haa.. suke hati je letak... Walhal, kalimah agung adalah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah... cintaMu bkn cintamu okay ?!

5. Jangan judge lagu berdasarkan kesedapan lagu, judge la melalui lirik... Carilah pengajaran...

p/s: Wallaulam, Ok dah, Jom zikir Jom ptg2 ni... ! ^.^
 
اللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا وَبِكَ أَصْبَحْنَا وَبِكَ نَحْيَا وَبِكَ نَمُوتُ وَإِلَيْكَ النُّشُورُ
Maksudnya : Ya Allah denganMu kami hayati petang, dan denganMu kami hayati pagi, dan dengan kekuasaanMu kami akan mati dan kepadaMu kami akan dibangkitkan.

Ulasan

Catatan Popular