Segalanya telah lengkap diberikan olehNya.

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ^^


Allah turunkan guideline untuk kita jika kita memerlukan sesuatu untuk dirujuk
Al-Quran

Allah hadiahkan kita wireless melepasi langit secara percuma tanpa sebarang cukai tambahan untuk kita menghubungi-Nya pada setiap saat tak kira malam, petang atau siang
Du'a (doa)

Allah temankan kita pada setiap saat tak kira tyme kita sedang sedih atau gembira tanpa berkelip walau sekali dengan mengurniakan kita insan-insan yang mencintai
kita hanya kerana Dia
Rasulullah SAW, Keluarga , Guru-guru & Sahabat-sahabat

Allah selalu tegur kita kalau kita ada tersilap & tersalah dalam kehidupan seharian agar kita belajar dari kesilapan & tidak mengulangi supaya tak teruih hanyut dalam kesesatan & kegelapan
Tarbiyyah & Ujian



Tak terasa diri kita dicintai ke?

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-Mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) & beriman kepada-Ku, agar mereka beroleh kebenaran."
(Al-Baqarah: 186)


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku & janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
(Al-Baqarah: 152)


The Beauty of Islam.
Lets Mengislahkan Diri =)
Jangan tunggu lagi sebab kiamat sudah dekat!

Ulasan

Catatan Popular