Zikrullah ♥

Assalamualaikum . . .

Pesanan Nabi Ibrahim kepada umat Nabi Muhammad SAW.


Dari Ibnu Mas’ud, beliau berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim ketika malam saya diisra’kan dan Nabi Ibrahim as. berkata,
Wahai Muhammad, sampaikanlah salam daripadaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka,
bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, 
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ
 (Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar).
(HR Tirmidzi)

              ♥                                                ♥                           

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?"

Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?"

Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan."
(HR. Muslim)

"Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." [Surah Ar-Ra'd: 28.]

Ulasan

Catatan Popular