Haid >> LailatulQadar :')

Assalamualaikum wahai ukhti... Kita sambung lagi ya berkenaan LailatulQadar, wahai akhi jadikan ini sebagai ilmu mungkin dalam mendidik isteri anda ..
Betapa BERUNTUNGNYA, Allah jadikan kita sebagai wanita .. Seperti yg diterangkan oleh Ustaz Abdul Basit dalam 'Tanyalah Ustaz' bertajuk 'Mencari Lailatul Qadar'

Soalan : Adakah perempuan yg didatangi haid dalam 10hari terakhir TIDAK boleh untuk peroleh nikmat malam yg lbh baik dr 1000 bulan itu?

Jawapan : Perempuan yg didatangi haid, apabila di waktu dalam tempoh sucinya, segala amalan-amalan wajib dan sunat mahupun mengaji al-Quran telah menjadi amalan yg SEBATI (di lakukan secara istiqamah, berterusan ), maka apabila diberi cuti oleh Allah drp segala amalan seperti solat, puasa dan mengaji al-Quran ..

PAHALANYA MASIH DI CATAT OLEH MALAIKAT SECARA BERTERUSAN!

( Contoh: Sekiranya di waktu suci kita biasa bangun Qiamullail, baca al-Quran, means di waktu haid, pada waktu yg kita biasa melakukan Qiamullail dan baca al-Quran tu, pahala kita akan di catat WALAUPUN kita tak boleh melaksanakannya )

SubhanAllah ! Betapa Maha Pemurahnya si Pencipta kita, Allah yg Esa !!

Mari kita topupkan lagi amalan kita, duhai akhawat yg saya sayang kerana Allah ! ♥

Ulasan

Catatan Popular