Merdeka !

Sempena sambutan kemerdekaan kali ini, jom muhasabah diri. Sejauh manakah kemerdekaan kita? 
Aku tidak mahu,
Jika Merdeka,
Malam yang menyambutku dipenuhi maksiat,
Anak-anak muda ke sana ke mari tanpa tujuan,
Laungan merdeka bersama air setan.
Aku tidak mahu,
Jika merdeka,
Tapi kalam suci Al-Quran,
Kau biarkan sepi,
Tak disentuh,
Tak memberi cahaya.
Aku tidak mahu,
Jika merdeka,
Kau bangga dengan kebaratan,
Kau bangga mempamerkan aurat, 
Kau bangga berpakaian terdedah disana sini,
Rambutmu kau biarkan terlepas,
Menjadi tatapan sang lelaki ajnabi.
Apa kau fikir itu merdeka?
Kau salah!
Sungguh, belum sempurna merdekamu.



Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata
Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama
Rustum:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور
الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami
(orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada
mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah,
daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan
dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. 

Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri

Ulasan

Catatan Popular