Puasa Enam yuk ! :')

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kemeriahan Aidilfitri masih terasa tetapi jangan lupa amalan sunat Puasa Enam. Melaksanakan Puasa Enam akan memberi nilai tambah kepada amalan puasa Ramadhan.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :”Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).

Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.

“Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (HR An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Puasa Enam bagus disegerakan

Sayang sangatlah kalau kita tertinggal Puasa Enam hanya kerana sibuk dengan rumah terbuka. Kurbankan enam hari untuk Puasa Enam dan kita masih ada baki 24 hari untuk ziarah hari raya keluarga dan sahabat. Nikmat keindahan luar biasa dapat melaksanakan amalan Puasa Enam hanya dapat dirasai oleh mereka yang tidak meninggalkan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.

p/s: Sapa nak join posa dgn kita ? Kita InsyaAllah stat posa besok.. Jom! Semoga dprmudahkan urusan olehNya :') ♥
*pd yg dah stat posa, Alhamdulillah semoga ibadah kita dterima olehNya..

#Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahukbar, Astaghfirullahal`azim ♥

Ulasan

Catatan Popular