Niat Puasa Qadha / Ganti

Assalamualaikum…

Mesti ramai yang dah balik dari kampung ke rumah masing2.. Cuma mungkin ada yang terus masuk kerja hari ni, mungkin ada yang sambung cuti lagi dsb. Waktu2 macam ni, biasanya orang sibuk buat perancangan untuk mengadakan rumah terbuka.. Maksud rumah terbuka adalah jemputan makan2 sempena meraikan hari raya.. bukanlah maksudnya membiarkan rumah terbuka luas2.. kang lain plak yang masuk dalam rumah tu..

Waktu2 ini juga, ramai yang mengambil kesempatan untuk melakukan puasa sunat Syawal iaitu puasa 6.. Ada juga yang nak ganti puasa, takut kalau biar lama2 nanti terlupa plak. Jadi, pada kesempatan ni, nak cerita sikit pasal puasa ganti.

Puasa ganti ini hukumnya adalah wajib.. Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja, ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tak mewajibkan untuk qadha puasa spt orang yg baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yg ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yg ditinggalkan masa belum baligh dsb.

Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama mcm puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, takde la kena kifarah.. berbeza dengan bulan Ramadhan.

Niat puasa ganti ini, seperti biasa adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala.. Maka termasuk kat situ sunat bersahur.. semua lebih kurang mcm puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.

Wallahualam :')

Ulasan

Catatan Popular