Langkau ke kandungan utama
Antara LAwak & HUkum ^^
Sering kali segelintir kaum lelaki apabila mereka terlihat aurat wanita yang seksi & seksa T_T
Akan disebut .. "tak pe kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih kita melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith :
"Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!"
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi saw bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
p/s: Sukar utk mendapat lelaki yg betul2 menjaga pandangannya.. hmmm jgn salahkan pihak wanita 100% sebaliknya doakanlah yg terbaek dan berilah teguran supaya mereka menutup aurat... Nauzubillah T_T dan bersangka baeklah kpd semua org (pesanan buat diri sendiri juga).
Pada sy tidak susah/sukar utk menundukkan pandangan kita jika kita berpegang pd Iman dan pegangan Utama kita iaitu Al-Quran dan Sunnah..... huhu bkn menundukkan pandangan dgn wanita yg tdk menutup aurat shj ya ?! tp dgn wanita yg menutup aurat juga... huhu ini tidak "wahh, cantiknya dia menutup aurat, sejuk mata memandang" euuwww !
Wanita yg solehah, tidak akan di pandang dan tidak akan memandang ! jgn rosakkan kesempurnaan mereka ! tak salah melihat, tapi itu bukan caranya, caranya adalah ketika taaruf/bertunang... itu pun sekadar ingin mengetahui bagaimana keadaan bakal isteri/suami kita.. tidak lebih dari itu, dannn ianya berlaku di hadapan keluarga masing2 ! bukan berdua2an atau di tempat awam (kononnya di situ ramai org) cehhhhhh ! memandai je kan... euwwww !
dan kamu KAUM WANITA, kamu juga wajib menundukkan pandangan anda ! tgk lelaki sana tgk lelaki sini "hensem sana hensem sini" ? kata nak jadi wanita solehah, bidadari dunia ? begitukah ciri-ciri melayakkan anda menjadi wanita solehah, bidadari dunia ? jgn kamu cuba menyangkal lagi kata-kata Allah swt ! jika kamu hanya menjaga aurat dan maruah anda tp tidak menjaga pandangan anda, adakah kamu akan rasa itu sudah ckup sempurna? sedangkan Allah swt telah tegaskan dlm Al-Quran supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan/kehormatan sebelum Dia Perintahkan kita menutup aurat..
(Surah An-Nur 30-31 & Al-Ahzab 59)
Ulasan