My baby ? aum aum :')
hmm, utk sume my frenz yg dh kawen, yg nk kawen, yg dh de anak, yg bakal jd ibu. Semoga perkahwinan korang mendapat keredhaanNya dan penuh barakah.
Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana >>
Firman Allah yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah al-Rum, ayat 21)
* wah indahnya sebuah perkahwinan, xpe2 aku setia menunggu bakal suamiku. Sekarang yuk kita islahkan diri kita dlu na bakal suamiku. Nanti kalau syg dh bersedia utk menjadi Imam dan pemimpin seperti yg Allah swt tetapkan syg jgn lupa msok minang kte taw. Tahu x alamat kte ? hahaha :D
Surah Bacaan Ketika Mengandung
- Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
- Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
- Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
- Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
- Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
- Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
- Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Ulasan